11. Sesungguhnya telah Kami jadikan kamu, kemudian Kami bentuk rupamu, kemudian Kami berkata kepada malaikat : Sujudlah kamu kepada Adam ! Lalu mereka itu sujud, kecuali Iblis. Dia tidak termasuk orang-orang yang sujud.
12. Allah berfirman : Apakah yang melarang engkau tidak mahu sujud, ketika Aku menyuruhmu ? Sahut Iblis : Aku terlebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan dia daripada tanah.
13. Allah berfirman : Turunlah engkau dari syurga, tidak patut engkau berlaku sombong dalam syurga, maka keluarlah, sesungguhnya, tetap engkau termasuk orang-orang yang hina.
14. Ia berkata : Beri tempohlah aku hingga hari berbangkit.
15. Allah berfirman : Sesungguhnya engkau orang yang diberi tempoh.
16. Ia berkata : Disebabkan Engkau menyesatkanku, maka aku akan duduk mereka atas jalan Engkau yang lurus.
17. Kemudian aku datang kepada mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Kebanyakan mereka, tiada berterima kasih kepada Engkau.
18. Allah berfirman : Keluarlah engkau dari dalamnya sebagai orang terhina dan terusir. Sesungguhnya siapa yang mengikut engkau diantara mereka itu, niscaya Kupenuhkan neraka jahannam dengan mereka bersama kamu sekalian.
19. Hai Adam , tinggallah engkau bersama isterimu dalam syurga dan makanlah kamu berdua sebagaimana kamu kehendaki dan janganlah kamu menghampiri pohon kayu ini, nanti kamu termasuk orang-orang yang zalim.
20. Lalu Iblis memperdayakan keduanya, supaya terbuka bagi keduanya kemaluannya yang tertutup, serta dia berkata : Tiadalah Tuhanmu melarang menghampiri pohon itu, melainkan supaya jangan kamu menjadi malaikat atau tetap kekal.
surat Al-Araaf
Monday, August 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment