Sunday, August 30, 2009

Dia Mengasih-Sayangkan Antara Hati Mereka

61. Jikalau mereka cenderung kepada perdamaian hendaklah engkau cenderung pula, serta bertawakallah kepada Allah. Sungguh Dia Mahamendengar lagi Mahamengetahui.

62. Jika mereka hendak menipu engkau, sungguh Allah akan memeliharamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan orang-orang yang beriman.

63. Dia yang mengasih-sayangkan antara hati mereka. Jika engkau belanjakan semua yang diatas bumi ini, niscaya tak dapat engkau mengasih-sayangkan antara hati mereka ; tetapi Allah mengasih-sayangkan antara mereka itu. Sesungguhnya Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.

64. Hai nabi, Allah telah mencukupkan engkau dan orang yang mengikut engkau diantara orang-orang beriman.

65. Hai nabi ajaklah orang-orang yang beriman itu berperang. Jika ada dua puluh orang diantaramu yang berhati sabar, niscaya dapat mereka mengalahkan dua ratus orang kafir. Jika ada seratus diantara kamu dapat mengalahkan seribu orang kafir, kerana mereka itu kaum yang tiada mengerti.

66. Sekarang Allah telah meringankan daripadamu dan Dia mengetahui, bahawa diantara kamu ada yang lemah. Jika ada diantara kamu seratus orang yang sabar, mereka dapat mengalahkan dua ratus orang kafir, dan jika ada diantara kamu seribu orang, dapat mengalahkan dua ribu orang dengan izin Allah. Allah beserta orang-orang yang sabar.

67. Tiada patut bagi nabi bahawa ada baginya beberapa orang tawanan, sehingga banyak pembunuhan dimuka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia, sedang Allah menghendaki akhirat. Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.

68. Jika tiadalah kitab daripada Allah yang terdahulu, niscaya kamu ditimpa siksaan yang besar, kerana tebusan yang kamu ambil itu.

69. Makanlah diantara harta rampasan yang halal dan baik dan takutlah kepada Allah, sesungguhnya Allah Pengampun lagi Penyayang.

70. Hai nabi, katakanlah kepada orang yang ditanganmu diantara orang-orang tawanan, jika Allah mengetahui, bahawa ada kebajikan dalam hatimu, niscaya Dia menganugerahimu kebajikan yang terlebih baik daripada yang diambil daripadamu dan Dia mengampuni kesalahanmu. Allah Pengampun lagi Penyayang.

surat Al-Anfaal

No comments:

Post a Comment