Wednesday, July 8, 2009

Hukum Jahiliah Mereka Tuntut

41. Hai rasul, janganlah engkau berdukacita, kerana orang-orang yang bersegera masuk kekafiran diantara orang-orang yang berkata : Kami telah beriman, dengan mulut mereka, sedang hati mereka tiada beriman. Diantara orang-orang Yahudi ada pendengar-pendengar perkataan bohong, pendengar-pendengar untuk kaum lain yang tiada datang kepada engkau. Mereka itu mengubah perkataan daripada tempatnya. Mereka berkata : Jika ini diberikan kepadamu, maka terimalah dan jika bukan ini diberikannya, maka tinggalkan. Barang siapa dikehendaki Allah akan menyesatkannya, maka tiadalah engkau berkuasa mempertahankannya dari Allah sedikitpun. Mereka itu ialah orang-orang yang tiada dikehendaki Allah akan mensucikan hati mereka. Untuk mereka itu di dunia kehinaan dan untuk mereka di akhirat siksaan yang besar.

42. Pendengar-pendengar perkataan bohong, pemakan-pemakan yang haram. Jika mereka datang kepada engkau, hukumlah antara mereka atau berpalinglah engkau daripadanya. Jika engkau berpaling daripada mereka, maka tiadalah mereka itu membahayakan kepada engkau sedikitpun. Jika engkau menghukum antara mereka, hukumlah antara mereka dengan keadilan. Sesunggunhya Allah mengasihi orang-orang yang adil.

43. Bagaimanakah mereka itu meminta hukum kepada engkau, , sedang disisi mereka ada Taurat, didalamnya ada hukum Allah, kemudian mereka berpaling sesudah itu. Bukanlah mereka itu orang-orang beriman.

44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Taurat, didalamnya ada petunjuk dan nur, sedang nabi-nabi yang tunduk menghukum dengan Taurat itu, terhadap orang-orang Yahudi dan ulama dan ketua-ketua agama, sebab mereka menghafal Kitab Allah dan mereka itu menjadi saksi atas demikian itu. sebab itu janganlah kamu takut kepada manusia dan takutlah kepadaKu dan janganlah kamu jual ayat-ayatKu dengan wang yang sedikit. Barang siapa yang tiada menghukum menurut yang diturunkan Allah, maka mereka itu orang-orang kafir.

45. Kami telah perlukan kepada mereka dalam Taurat, bahawa sesungguhnya jiwa dibalas dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi dan luka ada pula dengan qisasnya. Barang siapa yang bersedekah qisas itu, maka demikian itu penutup bagi dosanya. Barang siapa yang tiada menghukum menurut yang diturunkan Allah, maka mereka itu orang-orang zalim.

46. Kami perikutkan bekas mereka dengan Isa anak Maryam yang membenarkan yang dihadapannya, iaitu Taurat, dan Kami berikan kepadanya Injil, didalamnya ada petunjuk dan nur, serta membenarkan yang dihadapannya, iaitu Taurat dan menjadi petunjuk dan pengajaran bagi orang-orang takwa.

47. Hendaklah ahli Injil menghukum menurut yang diturunkan Allah dalam Injil itu. Barang siapa yang tiada menghukum menurut yang diturunkan Allah, maka mereka itu orang-orang fasik.

48. Kami telah menurunkan Kitab kepada engkau dengan kebenaran yang membenarkan Kitab yang dihadapannya serta mengawasinya, sebab itu hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka, dari kebenaran yang telah datang kepada engkau. Kami adakan untuk tiap-tiap umat diantara kamu satu syariat dan satu jalan. Kalau Allah menghendaki, niscaya Dia jadikan kamu umat yang satu, tetapi Dia hendak mencubai kamu tentang apa yang diberikannya kepadamu, sebab itu berlumba-lumbalah kamu kebaikan. Kepada Allah tempat kembalimu sekalian, lalu Allah mengabarkan kepadamu, tentang apa-apa yang kamu perselisihkan.

49. Engkau hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka dan waspadalah terhadap mereka, supaya jangan mereka menyesatkan engkau, dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada engkau. Jika mereka berpaling , ketahuilah bahawa Allah hanya menghendaki, supaya mereka ditimpa siksaan , kerana sebahagian dosa mereka sendiri. Sesungguhnya kebanyakan manusia orang-orang fasik.

50. Adakah hukum jahiliah yang mereka tuntut ? Siapakah yang lebih baik hukumnya daripada Allah bagi kaum yang yakin ?

surat Al-Maidah

No comments:

Post a Comment