151. Mereka itu ialah orang-orang kafir yang sebenarnya ; dan Kami sediakan untuk orang-orang kafir itu siksaan yang menghinakan.
152. Orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya dan tiada memperbezakan seorang pun diantara rasul-rasulNya itu, nanti Allah akan memberikan pahala kepada mereka. Allah Pengampun lagi Penyayang.
153. Ahli Kitab meminta kepada engkau, supaya engkau turunkan sebuah Kitab dari langit kepada mereka, sesungguhnya mereka itu telah meminta kepada Musa sesuatu yang lebih besar daripada itu, mereka berkata : Perlihatkanlah kepada kami Allah itu berterang-terangan. Lalu mereka itu disambar petir, kerana kezaliman mereka sendiri. Kemudian mereka itu mengambil anak lembu menjadi Tuhan, setelah datang kepada mereka keterangan. Lalu Kami maafkan mereka itu, dan Kami anugerahi Musa kekuasaan yang nyata.
154. Kami tinggikan Tur diatas mereka itu untuk perjanjian mereka dan Kami katakan kepada mereka itu : Masuklah kamu ke dalam pintu itu dengan sujud ; dan juga Kami katakan kepada mereka : Janganlah kamu melampaui batas pada hari sabtu ; dan telah Kami dari mereka itu perjanjian yang teguh.
155. Kerana mereka melanggar perjanjiannya dan kerana kekafiran mereka kepada ayat-ayat Allah, dan sebab mereka membunuh beberapa orang nabi dengan tiada hak dan lagi kerana perkataan mereka : " Hati kami telah tertutup " Bahkan Allah telah mencap mereka, sebab kekafirannya, maka tiadalah mereka itu beriman, kecuali sedikit sekali.
156. Dan kerana kekafiran mereka dan perkataan mereka terhadap Maryam dengan kebohongan yang besar.
157. Dan kerana perkataan mereka : Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa anak Maryam, seorang rasul Allah. Padahal bukanlah mereka membunuhnya dan pula menyalibnya, melainkan orang yang serupa dengan dia. Sesungguhnya orang-orang yang bersalah-salahan tentang Isa itu dalam keraguan, bukanlah dengan pengetahuan, melainkan menurut dugaan sahaja ; dan tidaklah mereka itu membunuh Isa dengan yakin.
158. Bahkan Allah mengangkat Isa itu kepadaNya, Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.
159. Tidak adalah diantara ahli Kitab , melainkan beriman kepada Isa sebelum matinya; dan pada hari kiamat, Isa menjadi saksi atas mereka itu.
160. Oleh kerana kezaliman orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka yang baik-baik yang telah dihalalkan bagi mereka, dan kerana mereka kerap kali menghalang orang dari jalan Allah.
surat An-Nisaak
Wednesday, July 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment