Monday, July 13, 2009

Haiwan-Haiwan Yang Diberi Kalung

91. Sesungguhnya syaitan menghendaki, supaya menjatuhkan kamu dalam permusuhan dan berbenci-bencian sesama kamu, kerana arak dan berjudi, serta menghalangi kamu daripada mengingat Allah dan solat. Adakah kamu berhenti ?

92. Ikutlah Allah dan ikutlah rasul dan waspadalah.Jika kamu berpaling, ketahui, bahawa sesungguhnya kewajipan rasul Kami, hanya menyampaikan dengan terang.

93. Tiada berdosa orang-orang yang beriman dan mengerjakan yang baik-baik, kerana mereka telah meminum arak, jika mereka bertakwa dan beriman, kemudian bertakwa dan berbuat kebaikan. Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.

94. Hai orang-orang yang beriman, Demi, sesungguhnya Allah akan mencubai kamu dengan sesuatu, iaitu buruan yang dapat ditangkap oleh tangan dan lembingmu, supaya Allah mengetahui orang yang takut kepadanya dengan yang ghaib. Barang siapa yang aniaya sesudah itu, maka baginya siksaan yang pedih.

95. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu bunuh buruan, sedang kamu tengah ihram. Barang siapa yang membunuhnya diantara kamu dengan sengaja, maka balasannya seekor haiwan ternak yang serupa dengan binatang yang terbunuh itu, menurut ketetapan dua orang yang adil diantara kamu, sebagai hadiah yang disampaikan kepada kaabah, atau kifaratnya memberi makanan kepada beberapa orang miskin atau puasa beberapa hari sebanyak bilangan orang-orang miskin itu, supaya dia merasai bahaya perbuatannya itu. Allah telah memaafkan daripada yang telah lalu itu. Barang siapa yang kembali, maka Allah akan menyiksanya. Allah Mahaperkasa lagi Mempunyai siksaan.

96. Dihalalkan bagimu buruan laut dan makanannya sebagai kesenangan bagimu dan bagi orang-orang yang berjalan. Diharamkan atas kamu buruan darat, selama kamu dalam ihram. Takutlah kepada Allah yang kamu akan dihimpunkan kepadaNya.

97. Allah mengadakan Kaabah, Baitul Haram untuk kemuslihatan bagi manusia ; dan juga bulan suci, hadiah dan haiwan-haiwan yang diberi kalung. Demikian itu, supaya kamu ketahui, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa-apa yang dilangit dan apa-apa yang dibumi dan sesungguhnya Allah Mahamengetahui tiap-tiap sesuatu.

98. Ketahuilah olehmu, bahawa sesungguhnya Allah sangat keras siksaanNya, dan bahawa sesunguhnya Allah Pengampun lagi Penyayang.

99. Tiadalah kewajipan rasul, melainkan menyampaikan. Allah mengetahui apa-apa yang kamu lahirkan dan apa-apa yang kamu sembunyikan.

100. Katakanlah : Tiada sama yang keji dengan yang baik, meskipun kebanyakan yang keji itu menarik hatimu. Sebab itu takutlah kepada Allah, hai orang-orang yang berakal, mudah-mudahan kamu beroleh kemenangan.

surat Al-Maidah

No comments:

Post a Comment