Saturday, July 4, 2009

Binatang Pemburu yang Terpelajar

1. Hai orang-orang yang beriman, tepatilah segala janjimu. Telah dihalalkan bagimu haiwan ternak, kecuali barang yang dibacakan kepadamu, tiada dihalalkan memburu binatang, sedang kamu tengah ihram. Sesungguhnya Allah menetapkan apa-apa yang dikehendakiNya.

2. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu halalkan syiar-syiar Allah, jangan bulan haram, jangan hadiah dan jangan pula haiwan-haiwan yang diberi kalung, dan jangan orang-orang yang ziarah ke baitul-haram, sedang mereka itu mengharapkan kurnia daripada Tuhan mereka dan keredaanNya. Apabila kamu telah halal, bolehlah kamu berburu binatang- Janganlah kamu tertarik berbuat zalim, kerana kebencianmu kepada satu kaum yang menghalangimu daripada masjidil-haram. Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan zalim dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras siksaanNya.

3. Diharamkan atas kamu bangkai,darah, daging babi, dan yang disembelih bukan dengan nama Allah dan yang mati kerana tercekik, kerana terpukul, kerana jatuh, kerana ditanduk binatang lain dan yang dimakan binatang buas, kecuali jika kamu sembelih haiwan itu dan lagi haiwan yang disembelih atas nama berhala dan bertenung dengan undian panah. Yang demikian itu adalah fasik. Pada hari ini putuslah harapan orang-orang kafir untuk menghalangi agamamu, sebab itu maka janganlah kamu takut kepada mereka itu dan takutlah kepadaKu. Pada hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu dan Aku cukupkan nikmatKu untukmu dan Aku sukai Islam menjadi agamamu. Barang siapa terpaksa dalam keadaan kelaparan tanpa cenderung kepada dosa, maka sesunggunya Allah Pengampun lagi Penyayang.

4. Mereka bertanya kepada engkau, apakah yang dihalalkan bagi mereka ? Katakanlah : Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan buruan binatang pemburu yang terpelajar, yang kamu lepaskan, sedang kamu telah mengajarinya daripada ajaran yang telah diajarkan Allah kepadamu. Maka kamu makanlah haiwan yang ditangkap anjing itu dan sebutkanlah nama Allah ketika melepaskannya dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat lekas menghisabnya.

5. Pada hari ini telah dihalalkan bagimu yang baik-baik rasanya. Makanan orang-orang ahli kitab , halal bagimu dan makanan kamu, halal pula bagi mereka itu dan perempuan-perempuan suci diantara orang-orang mukminat dan perempuan-perempuan suci diantara orang-orang ahli kitab sebelum kamu, bila kamu membayarkan maskahwinnya kepada mereka, sedang kamu menjadi orang suci, bukan berzina dan bukan pula mengambil teman rahsia. Barang siapa yang kafir sesudah beriman, maka sesungguhnya telah hapuslah amalannya, sedang dia diakhirat termasuk orang-orang yang merugi.

6. Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu hendak mendirikan solat, maka basuhlah mukamu dan kedua belah tanganmu hingga dua siku dan sapulah kepalamu dan kakimu hingga dua mata kaki. Jika kamu junub hendaklah kamu mandi. Jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau sudah buang air atau kamu menyentuh perempuan, kemudian kamu tiada memperoleh air, maka tayamumlah dengan tanah yang suci, maka sapulah mukamu dan kedua belah tanganmu dengan tanah itu. Allah tiada menghendaki buat mengadakan kesempitan bagimu, tetapi menhendaki, supaya mensucikan kamu dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, mudah-mudahan kamu berterima kasih kepadaNya.

7. Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu dan perjanjian yang telah dijanjikanNya kepadamu, ketika kamu berkata : Kami dengar dan Kami taati, dan takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa-apa yang dalam dada.

8. Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu berdiri kerana Allah, menjadi saksi dengan keadilan. Janganlah kamu tertarik kerana kebencianmu kepada satu kaum, sehingga kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana keadilan itu lebih dekat kepada takwa dan takutlah kepada Allah. sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.

9. Allah telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan yang baik-baik untuk mereka itu ampunan dan pahala yang besar.

10.Orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni neraka.

surat Al-Maidah

No comments:

Post a Comment