Bismillahirrahmanirrahim,
1.Saya ingin memulakan kempen membaca Al-Quran dan As-Sunnah untuk semua orang,sama ada muslim dan bukan muslim yang tahu dan faham berbahasa Melayu.
2.As-Sunnah yang dimaksudkan di sini ialah sekurang-kurangnya dua buah Kitab Besar Hadis iaitu Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.
3.Adalah sangat diharapkan Al-Quran dan As-Sunnah ini mudah, senang dan percuma untuk diakses oleh sesiapa,di mana jua dan pada bila-bila masa sahaja.
4.Buat permulaan saya siarkan terjemahan Al-Quran di sini. Sumber rujukannya daripada Tafsir Quran Karim oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus.
5.Tujuan utama memberi pengetahuan dan pemahaman secara terus dan langsung mengenai isi kandungannya kepada semua orang yang mahukan kebenaran dan kebaikan sejagat.
6.Jika ada kesamaran,keraguan.percanggahan dan perselisihan dalam bahasa Melayu, adalah sangat diingatkan bahawa rujukan dalam bahasa Arab adalah muktamad.Ini kerana Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab.
7.Marilah kita bersama-sama tidak kira apa Agama, Bangsa, Budaya, Bahasa dan ideologi menjayakannya Kempen membaca Al-Quran dan As-Sunnah untuk semua.Terlebih baik setiap keluarga memiliki Sahih Bukhari dan Muslim di rumah masing-masing membaca dan memahaminya seterusnya mengamalkannya.
Wednesday, May 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment