41.Dan berimanlah kamu kepada yang Kuturunkan, yang membenarkan yang ada serta kamu dan janganlah kamu orang yang mula-mula kafir dengan dia, dan janganlah kamu jual ayat-ayatKu dengan wang sedikit, dan takutlah kepadaKu.
42.Dan janganlah kamu campurkan kebenaran dengan yang batil dan kamu sembunyikan kebenaran itu, sedang kamu mengetahuinya.
43.Dan dirikanlah solat dan bayarlah zakat, dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk.
44.Adakah patut kamu suruh manusia berbuat kebaikan dan kamu lupakan dirimu sendiri, sedang kamu membaca Kitab. Tiadakah kamu memikirkan ?
45.Minta tolonglah kamu dengan kesabaran dan solat; dan sesungguhnya solat itu amat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk;
46.Orang-orang yang yakin, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan mereka akan kembali kepadaNya.
47.Hai Bani Israil, ingatlah akan nikmatKu yang telah Kuanugerahkan kepadamu dan sesungguhnya Aku telah memuliakan kamu dari seisi alam.
48.Takutlah kamu akan hari yang tiada boleh seseorang menggantikan orang lain sedikitpun; dan tiada diterima pertolongan dan tiada pula tebusan daripadanya, sedang mereka tiada mendapat pertolongan.
49.Ketika kami melepaskan kamu daripada keluarga Firaun, mereka menyiksa kamu dengan sejahat-jahat siksaan; mereka sembelih anak-anakmu yang lelaki dan mereka hidupi anak-anakmu yang perempuan. Yang demikian cubaan yang besar daripada Tuhanmu.
50.Ketika kami belahkan air laut untukmu, lalu Kami lepaskan kamu dan Kami tenggelamkan keluarga Firaun, sedang kamu melihat.
surah Al-baqarah
Friday, May 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment