71. Berkata Musa: Allah berfirman: sesungguhnya lembu itu bukan yang telah patuh untuk membajak bumi dan bukan pula menyirami ladang, lagi sejahtera, tidak belang warnanya sedikit pun. Berkata mereka itu: Sekarang telah engkau terangkan dengan sebenarnya . Lalu mereka sembelih lembu itu, hampir mereka tiada dapat memperbuatnya.
72. ketika kamu membunuh seseorang, lalu kamu berbantah-bantah tentang siapa yang membunuhnya, sedang Allah melahirkan apa-apa yang kamu sembunyikan.
73. Lalu Kami berkata: Pukullah orang yang mati itu dengan sebahagian anggota lembu itu. Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang mati dan memperlihatkan kepadamu ayat-ayatNya , mudah-mudahan kamu memikirkannya.
74. Kemudian hatimu menjadi keras sesudah itu , lalu ia seperti batu atau lebih keras. Sesungguhnya dari sebahagian batu , terpancar air sungai daripadanya, dan diantara batu ada yang belah, lalu keluar air daripadanya, dan setengahnya pula jatuh , kerana takut kepada Allah. Allah tiada lalai dari apa-apa yang kamu kerjakan.
75. Adakah kamu harap , bahawa mereka itu akan beriman kepadamu dan sesungguhnya segolongan diantara mereka mendengar perkataan Allah, kemudian mereka ubah setelah difikirkannya, pada hal mereka itu mengetahui.
76. Apabila mereka menemui orang-orang yang beriman , mereka berkata: Kami telah beriman. Tetapi apabila mereka bersembunyi sesamanya , mereka berkata: Mengapa kamu beritakan kepada orang-orang beriman yang dibukakan Allah kepadamu ? Nanti mereka menghujah kamu dengan dia disisi Tuhanmu, tiadakah kamu memikirkan ?
77. Tiadakah mereka itu tahu, bahawa Allah mengetahui apa-apa yang mereka rahsiakan dan apa-apa yang mereka lahirkan.
78. Diantara mereka itu ada yang ummi, tiada mengetahui Kitab selain perkara yang bohong-bohong dan mereka tiada lain, hanya mengira-ngira saja.
79. Maka celakalah bagi orang-orang yang menulis kitab dengan tangannya , kemudian mereka berkata: Ini dari sisi Allah, supaya dapat mereka menjualnya dengan wang yang sedikit. Celakalah bagi mereka kerana tulisan tangannya dan celakalah bagi mereka kerana usahanya.
80. Berkata mereka :Kita tiada akan disentuh api neraka, melainkan beberapa hari saja. Katakanlah: Adakah kamu telah berjanji dengan Allah , tentu Allah tiada akan memungkiri janjiNya, atau kamu mengadakan bohong terhadap Allah dengan sesuatu yang tiada kamu ketahui ?
surat Al-baqarah
Sunday, May 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment