Sunday, May 31, 2009

Empat Bulan dan Sepuluh Hari

231. Apabila kamu mentalak perempuan, lalu hampir habis idahnya, maka tahanlah mereka secara makruf, atau ceraikanlah mereka secara makruf. Janganlah kamu tahan mereka dengan kemelaratan , kerana kamu hendak menzaliminya. Barang siapa memperbuat demikian , sesungguhnya dia telah menzalimi dirinya sendiri. Janganlah kamu ambil ayat-ayat Allah jadi olok-olokkan. Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu dan apa-apa yang diturunkanNya kepadamu, yaitu Kitab dan hikmah, sedang Dia memberi pengajaran kepadamu. Takutlah kepada Allah dan ketahuilah, bahawasanya Allah Mahamengetahui tiap-tiap sesuatu.

232. Apabila kamu menceraikan perempuan, kemudian telah habis idahnya, maka janganlah kamu larang perempuan itu hendak mengahwini bekas suaminya kembali, jika mereka itu telah suka sama suka secara makruf. Demikian itu diajarkan kepada siapa yang beriman kepada Allah dan hari yang kemudian. Demikin itulah yang lebih baik dan lebih suci bagimu. Allah mengetahui dan kamu tiada mengetahui.

233. Ibu-ibu menyusukan anak-anaknya dua tahun genap, bagi orang yang menghendaki akan menyempurnakan susuan. Atas bapa memberi belanja ibu anaknya itu dan pakaiannya secara makruf. Tiadalah diberati seseorang, melainkan sekadar tenaganya. Tiadalah melarat ibu kerana anaknya, dan tiada pula bapa kerana anaknya; dan terhadap waris pun seperti demikian pula. Jika kedua ibubapa hendak menceraikan anaknya dari menyusu dengan kesukaan dan permusyawaratan antara keduanya, maka tiada berdosa keduanya. Jika kamu menghendaki perempuan lain menyusukan anakmu , maka tiada berdosa kamu bila kamu berikan upahnya secara makruf. Takutlah kepada Allah dan ketahuilah, bahawasanya Allah Mahamelihat apa-apa yang kamu kerjakan.

234. Orang-orang yang mati diantara kamu, sedang mereka meninggalkan balu, hendaklah balu mereka itu menantikan dengan sendirinya empat bulan dan sepuluh hari. Apabila sampai idahnya itu, maka tiada berdosa kamu, tentang apa-apa yang diperbuat perempuan itu terhadap dirinya secara makruf. Allah Mahamengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.

235. Tiada berdosa kamu, jika kamu meminang perempuan dengan kata sindiran atau kamu sembunyikan dalam hatimu. Allah mengetahui, bahawa kamu akan menyebutkannya kepada perempuan itu. Tetapi janganlah kamu janjikan kepadanya dengan rahsia, melainkan hendaklah kamu sebut perkataan yang patut. Janganlah kamu bercita-cita hendak melangsungkan perkahwinan, kecuali habis idahnya. Ketahuilah, bahawasanya Allah mengetahui apa-apa yang di dalam hatimu, maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah, bahawasanya Allah Pengampun lagi Penyantun.

236. Tiada berdosa kamu, jika kamu mentalak perempuanmu, sebelum kamu bersetubuh dengan dia atau sebelum kamu tentukan maskahwinnya. Berilah perempuan itu kegembiraan secara makruf; orang kaya sekadar kekayaannya, dan orang miskin sekadar kemiskinannya, sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang berbuat kebaikan.

237. Jika kamu mentalak perempuan , sebelum kamu bersetubuh dengan dia, sedang kamu telah menentukan mas kahwinnya, maka untuk perempuan itu seperdua daripada yang kamu tentukan itu; kecuali jika dimaafkannya atau maaf orang yang ditangannya akad nikah. Maaf itu lebih hampir kepada takwa. Janganlah kamu lupakan kurnia sesama kamu. Seseungguhnya Allah Mahamelihat apa-apa yang kamu kerjakan.

238. Peliharakanlah segala solat dan solat yang pilihan. Berdirilah kerana Allah ; serta mentaatiNya.

239. Jika kamu takut, maka berjalan kaki atau berkenderaan. Apabila kamu telah aman, maka ingatlah akan Allah, sebagaimana Dia telah mengajarkan kepadamu apa-apa yang tiada kamu ketahui.

240. Orang-orang yang mati diantara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, boleh mereka berwasiat kepada isterinya itu, supaya bersenang-senang setahun lamanya, tanpa dikeluarkan. Tetapi jika perempuan itu keluar, maka tiada berdosa kamu tentang apa-apa yang diperbuatnya bagi dirinya secara makruf. Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.

Surat Al-Baqarah

Perempuan-Perempuan itu Ladangmu

221. Janganlah kamu mengahwini perempuan-perempuan musyrik, kecuali jika mereka beriman. Sesungguhnya hamba sahaya yang beriman , lebih baik daripada perempuan yang musyrik, meskipun dia mentakjubkan kamu dan jangan kamu kahwinkan dengan laki-laki musyrik , kecuali jika mereka beriman . Sesungguhnya hamba laki-laki yang beriman , lebih baik daripada laki-laki yang musyrik, meskipun dia mentakjubkan kamu . Mereka itu menyeru ke dalam neraka dan Allah menyeru ke dalam syurga dan kepada ampunan dengan izinNya. Allah menyatakan ayat-ayatNya kepada manusia, mudah-mudahan mereka menerima peringatan.

222. Mereka bertanya kepada engkau dari hal haid. Katakanlah: Ia suatu kotoran , sebab itu hindarkanlah perempuan-perempuan ketika mereka dalam haid, dan janganlah kamu bersetubuh dengan mereka , sehingga mereka suci. Apabila mereka bersuci bersetubuhlah kamu dengan mereka sebagaimana Allah telah menyuruhmu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang taubat dan mengasihi orang-orang bersuci.

223. Perempuan-perempuan itu ladangmu, maka datangilah ladangmu itu sebagaimana kamu kehendaki dan kerjakanlah untuk dirimu. Takutlah kepada Allah dan ketahuilah, bahawa kamu akan menghadapNya. Dan berilah khabar gembira orang-orang beriman.

224. Janganlah kamu jadikan Allah sasaran bagi sumpahmu untuk kamu berbuat baik dan bertakwa dan memperdamaikan antara manusia. Alah Mahamendengar, lagi Mahamengetahui.

225. Allah tiada menyiksamu tentang sumpahmu yang tiada dengan sengaja, tetapi Dia menyiksamu sebab usaha hatimu. Allah Pengampun lagi Penyantun.

226. Orang-orang yang bersumpah dengan perempuannya diberi janji empat bulan lamanya, maka jika mereka kembali, sesungguhnya Allah Pengampun lagi Penyayang.

227. Jika mereka bercita-cita hendak menceraikannya, maka sesungguhnya Allah Mahamendengar lagi Mahamengetahui.

228. Perempuan-perempuan yang diceraikan suaminya hendaklah menantikan dengan sendirinya tiga kali suci. Tiada halal bagi mereka menyembunyikan apa-apa yang dijadikan Allah dalam rahimnya, jika mereka beriman kepada Allah dan hari yang kemudian. Suami mereka lebih patut kembali kepadanya ketika itu, jika mereka menghendaki kemuslihatan. Hak-hak untuk perempuan seumpama yang diatas pundaknya, secara makruf,dan untuk laki-laki ada kelebihan satu darjat daripada perempuan. Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.

229. Talak itu hanya dua kali, kemudian itu menahan isteri secara makruf atau melepaskannya dengan kebaikan . Tiada halal bagimu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepadanya sedikitpun, kecuali jika keduanya takut, bahawa tiada akan menegakkan batas-batas Allah. Jika kamu takut, bahawa keduanya tiada akan menegakkan batas-batas Allah, maka tiada berdosa keduanya tentang barang yang jadi tebusan oleh perempuan itu. Demikianlah batas-batas Allah, maka janganlah kamu lampaui. Barang siapa yang melampaui batas-batas Allah , maka mereka itulah orang-orang zalim.

230. Jika dia menceraikan perempuannya, maka tiadalah halal perempuan itu baginya, kecuali perempuan itu telah kahwin dengan lelaki yang lain. Dan jika diceraikan pula oleh lelaki lain itu, tiada berdosa keduanya kalau keduanya rujuk kembali, jika keduanya menduga akan menegakkan batas-batas Allah. Demikian itulah batas-batas Allah, diterangkanNya kepada kaum yang akan mengetahuinya.

surat Al-Baqarah

Dari Hal Arak dan Judi

211. Tanyakanlah kepada Bani Israil, berapa banyaknya Kami tunjukkan kepada mereka keterangan yang nyata. Barang siapa yang menukarkan nikmat Allah, setelah datang kepadanya, maka sesungguhnya Allah amat keras siksaanNya.

212. Dihiasi kehidupan di dunia bagi orang-orang yang kafir dan mereka menghinakan oranng-orang yang beriman ; dan orang -orang bertakwa di atas mereka itu pada hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya tanpa terhisab.

213. Adalah manusia itu suatu umat, lalu Allah mengutus beberapa orang nabi untuk memberi khabar gembira dan khabar takut; dan menurunkan Kitab bersama mereka itu dengan kebenaran, supaya Dia menghukum antara manusia, tentang apa-apa yang mereka perselisihkan. Dan tiada berselisih, melainkan orang-orang yang mengetahui Kitab itu, setelah datang kepada mereka beberapa keterangan, kerana berdengki-dengkian sesama mereka. Maka Allah menunjuki orang-orang yang beriman kepada kebenaran yang mereka perselisihkan dengan izinNya. Dan Allah menunjuki orang-orang yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus.

214. Adakah kamu kira, bahawa kamu akan masuk syurga saja dan tiada akan datang kepadamu seperti yang telah datang kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu ? Mereka itu ditimpa kemiskinan dan kemelaratan yang sangat, dan mereka gementar , sehingga berkata rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: Apabilakah tibanya pertolongan Allah ? Ingatlah, bahawasanya pertolongan Allah hampir akan tiba.

215. Mereka bertanya kepada engkau, apakah yang akan mereka nafkahkan ? Katakanlah: Apa-apa yang kamu nafkahkan dari harta, maka untuk dua orang ibubapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang berjalan. Apa-apa yang kamu perbuat diantara kebaikan , maka sesungguhnya Allah Mahamengetahui.

216. Diperlukan atas kamu berperang, sedang berperang itu suatu yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu , sedang ia lebih baik bagimu; dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.

217. Mereka bertanya kepada engkau tentang bulan haram, bagaimanakah berperang pada bulan itu ? Katakanlah: Berperang pada bulan itu besar, tetapi menghalangi jalan Allah , kafir kepada Allah, masuk masjidil haram dan mengusir penduduknya dari masjid itu, lebih besar disisi Allah . Fitnah itu lebih besar daripada pembunuhan . Sentiasa mereka itu memerangi kamu, sehingga mereka itu mengembalikan kamu dari agamamu, jika mereka kuasa. Barang siapa yang murtad diantaramu dari agamanya , lalu dia mati, sedang dia kafir, maka amalan mereka itu menjadi hapus di dunia dan akhirat; mereka itu penghuni neraka, sedang mereka kekal di dalamnya.

218. Sesungguhnya orang-orang yang beriman , orang-orang yangberhijrah dan berjuang pada jalan Allah, mereka itu mengharap rahmat Allah. Allah Pengampun lagi Penyayang.

219. Mereka itu bertanya kepada engkau dari hal arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya itu dosa besar dan beberapa bermanfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Mereka bertanya kepada engkau , apakah yang akan mereka nafkahkan ? Katakanlah: Sekadar berlebih daripada hajatmu. Demikian Allah menerangkan kepadamu beberapa ayat, mudah-mudahan kamu memikirkan.

220. Dunia dan akhirat. Mereka itu bertanya kepada engkau dari hal anak-anak yatim. Katakanlah: Berbuat kebaikan untuk mereka lebih baik, dan jika kamu bergaul dengan mereka, maka mereka itu saudaramu. Allah mengetahui orang yang berbuat binasa daripada orang yang berbuat muslihat. Jika Allah menghendaki niscaya disempitkanNya kamu. Sungguh Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.

surat Al-Baqarah

Saturday, May 30, 2009

Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya

201. Diantara mereka ada yang berkata: Ya Tuhan Kami , berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharakanlah kami dari siksaan neraka.

202. Untuk mereka itu bahagian dari usaha mereka; dan Allah bersegera memperhitungkannya.

203. Ingatlah akan Allah pada beberapa hari yang tertentu. Barang siapa bersegera dalam dua hari , maka tak ada dosa terhadapnya dan barang siapa yang terlambat maka tak ada dosa terhadapnya. Bagi orang yang takwa . Takutlah kepada Allah dan ketahuilah, bahawa kamu akan dihimpunkan kepadaNya.

204. Setengah manusia ada yang takjub engkau perkataannya pada hidup di dunia dan dia mempersaksikan kepada Allah apa yang dalam hatinya, pada hal ia sebesar-besar musuhmu.

205. Apabila dia berpaling, dia berusaha di muka bumi berbuat kebinasaan dan merosakkan tanaman dan anak-anak. Dan Allah tiada mengasihi kebinasaan itu.

206. Apabila dikatakan kepadanya: Takutlah kepada Allah , kesombongannya mendorongnya berbuat dosa. Maka cukuplah neraka, yaitu sejahat-jahat tempat tinggal.

207. Setengah manusia ada yang mengorbankan dirinya, kerana menghendaki keredaan Allah dan Allah Pengasih kepada hambaNya.

208. Hai orang-orang yang beriman , masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. sesungguhnya syaitan itu musuhmu yang nyata.

209. Jika kamu tergelincir sesudah datang kepadamu beberapa keterangan , maka ketahuilah, bahawa Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.

210. Tidak ada yang mereka nanti, selain daripada Allah yang akan mendatangkan kepada mereka dalam naungan awan dan malaikat, dan diputuskanNya urusan itu. Dan kepada Allah dikembalikan segala urusan.

surat Al-Baqarah

Fitnah itu lebih berbahaya daripada pembunuhan

191. Bunuhlah mereka itu di mana kamu perolehi dan usirlah mereka itu sebagaimana mereka mengusir kamu. Fitnah itu lebih berbahaya dari pembunuhan. Dan janganlah kamu perangi mereka disisi masjidil haram , kecuali jika kamu diperanginya di sana.. Jika mereka memerangi kamu , maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan untuk orang-orang yang kafir.

192. Jika mereka itu berhenti, maka sungguh Allah Pengampun lagi Penyayang.

193. Perangilah mereka itu, sehingga tak ada fitnah, dan adalah agama bagi Allah semata-mata. Jika mereka berhenti, maka tiada boleh zalim, melainkan kepada orang-orang yang zalim.

194. Bulan haram dengan bulan haram dan kehormatan itu berbalasan juga. Barang siapa yang zalim kepadamu, maka kamu boleh zalim kepadanya, seumpama kezalimannya kepadamu dan takutlah kepada Allah dan ketahuilah , bahawasanya Allah beserta orang-orang takwa.

195. Belanjalakanlah pada jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang berbuat baik.

196. Sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah . Jika kamu terkepung, maka berikan hadiah apa yang mudah. Janganlah kamu cukur rambut di kepalamu, sehingga sampai hadiah itu ke tempatnya. Barang siapa yang sakit diantara kamu atau sakit di kepalanya, hendaklah dia memberi fidyah, yaitu puasa atau bersedekah atau menyembelih kambing. Apabila kamu telah aaman , maka siapa yang bersenang-senang dengan umrah sebelum haji, maka berikanlah hadiah apa yang mudah. Barang siapa yang tiada memperolehnya, hendaklah berpuasa tiga hari dalam haji, dan tujuh hari apabila kamu kembali pulang. Semuanya itu sepuluh hari cukup. Yang demikian itu bagi orang-orang yang bukan penduduk masjidil haram. Takutlah kepada Allah dan ketahuilah , bahawasanya Allah amat keras siksaNya.

197. Haji itu pada bulan-bulan yang tertentu. Barang siapa yang mengerjakan perlu haji, maka tak boleh dia bersetubuh, tak boleh memperbuat kejahatan dan tak boleh berbantah-bantah waktu haji. Apa-apa kebaikan yang kamu perbuat, niscaya Allah mengetahuinya.Berbekallah kamu dan sesungguhnya sebaik-baik perbekalan, ialah takwa. Takutlah kepadaKu, hai orang-orang yang mempunyai akal.

198. Tak ada dosa terhadapmu, jika kamu mencari kurnia daripada Tuhanmu. Apabila kamu bertolak kembali dari padang Arafah, hendaklah ingat akan Allah pada Masy'aril-haram . Dan ingatlah akan Allah sebagaimana Dia menunjuki kamu. Sesunguhnya kamu sebelumnya termasuk orang-orang yang sesat.

199. Kemudain bertolaklah kamu sebagaimana manusia telah bertolak dan minta ampunlah kepada Allah , sungguh Allah Pengampun lagi Penyayang.

200. Maka apabila kamu tunaikan amalan haji, ingatlah akan Allah seperti kamu mengingat bapa-bapamu atau lebih sangat mengingatiNya. Maka diantara manusia ada yang berkata: Ya tuhan kami , berilah kami di dunia. Maka tak adalah untuknya bahagian di akhirat.

surat Al-Baqarah

Friday, May 29, 2009

Benang yang putih dari Benang yang hitam

181. Barang siapa yang mengubahnya , setelah didengarnya, maka hanya dosanya atas orang-orang yang mengubah itu. Sesungguhnya Allah Mahamendengar, lagi Mahamengetahui.

182. Barang siapa takut orang yang berwasiat dengan tidak adil atau berdosa , lalu diperdamaikannya antara mereka itu, maka tak ada dosa terhadapnya. Sesungguhnya Allah Pengampun lagi Penyayang.

183. Hai orang-orang yang beriman, diperlukan atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diperlukan atas orang-orang yang sebelum kamu; mudah-mudahan kamu bertakwa.

184. Beberapa hari yang tertentu. Barang siapa yang sakit diantara kamu atau dalam perjalanan, maka berpuasalah pada hari yang lain . Dan bagi orang-orang yang kuasa berpuasa , tetapi amat berat melakukannya, memberi fidyah, makan orang miskin. Barang siapa mengerjakan sunat, maka amat baik baginya. Dan berpuasa itu lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

185. Pada bulan Ramadan yang diturunkan Quran pada bulan itu untuk petunjuk bagi manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk dan memperbezakan antara yang hak dengan yang batil. Barang siapa yang hadir diantara kamu di bulan Ramadan hendaklah dia berpuasa. Barang siapa yang sakit atau dalam perjalanan, maka berpuasalah pada hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tiada menghendaki kesukaran . Hendaklah kamu sempurnakan bilangan bulan itu dan hendaklah kamu besarkan Allah, kerana petunjukNya kepadamu; dan mudah-mudahan kamu berterima kasih kepadaNya.

186. Apabila HambaKu bertanya kepada engkau tentang halKu, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta, bila dia meminta kepadaKu, tetapi hendaklah dia mengikut perintahKu , serta beriman kepadaKu; mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk.

187. Dihalalkan bagimu waktu malam puasa bersetubuh dengan isterimu. Mereka itu pakaianmu dan kamu pakaian mereka. Allah mengetahui, bahawa kamu telah berkhianat kepada dirimu sendiri, maka diterimaNya taubatmu dan dimaafkanNya kesalahanmu. sekarang bolehlah kamu bersetubuh dengan perempuanmu dan tuntutlah apa yang dihalalkan Allah bagimu. Makanlah dan minumlah , sehingga nyata bagimu benang yang putih dari benang yang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam. Janganlah kamu bersetubuh dengan isterimu sedang kamu beriktikaf dalam masjid. Demikianlah batas yang ditentukan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Seperti demikianlah Allah telah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia; mudah-mudahan mereka bertakwa.

188. Janganlah sebahagian kamu makan harta orang lain dengan yang batil dan kamu bawa kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian dari harta orang dengan berdosa, sedang kamu mengetahuinya.

189. Mereka bertanya kepada engkau tentang keadaan bulan. Katakanlah, bulan itu untuk menentukan waktu bagi manusia dan untuk haji. Bukanlah suatu kebaikan , bahawa kamu naiki rumah dari belakangnya, tetapi kebaikan itu orang yang bertakwa. Naikilah rumah itu dari pintunya dan takutlah kepada Allah; mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan .

190. Perangilah olehmu pada jalan Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tiada mengasihi orang-orang yang melampaui batas.

surat Al-Baqarah

Pekak , Bisu dan Buta

171. Misalnya orang-orang yang kafir itu, seumpama orang yang memanggil yang tiada mendengar, kecuali seruan dan suara sahaja. Pekak , bisu dan buta, sedang mereka itu tiada memikirkan.

172. Hai orang-orang yang beriman, makanlah mana yang baik diantara rezeki yang Kami berikan kepadamu dan berterima kasihlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembahNya.

173. Hanya yang diharamkan atas kamu, ialah bangkai, darah, daging babi dan yang disembelih bukan dengan nama Allah. Tetapi barang siapa yang terpaksa, sedang dia tiada zalim dan tiada pula melampaui batas, maka tak ada dosa terhadapnya. Sesungguhnya Allah Pengampun, lagi Penyayang.

174. Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan Kitab yang diturunkan Allah dan menjualnya dengan wang yang sedikit, maka tiadalah yang mereka makan masuk perutnya, melainkan api neraka dan Allah tiada bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat dan tiada pula membersihkannya; dan untuk mereka itu siksaan yang pedih.

175. Mereka itu orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk dan siksaan dengan ampunan. Alangkah mereka itu sabar masuk neraka !

176. Demikian itu, kerana Allah telah menurunkan Kitab dengan sebenarnya. Sesungguhnya orang-orang yang bersalah-salahan tentang Kitab itu adalah dalam perselisihan yang jauh.

177. Bukanlah kebaikan , bahawa kamu hadapkan mukamu arah ke timur dan ke barat , tetapi yang kebaikan itu ialah orang yang beriman kepada Allah, hari yang kemudian, malaikat, Kitab-Kitab, dan nabi-nabi; dan dia memberikan harta yang dikasihinya kepada karib-kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, orang berjalan, orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba sahaya, serta dia mendirikan solat, memberi zakat, menepati janjinya, bila dia berjanji dan berhati sabar atas kemiskinan , kemelaratan dan ketika peperangan . Mereka itulah orang-orang yang benar dan mereka itulah orang-orang yang takwa.

178. Hai orang-orang yang beriman, diperlukan atas kamu qisas dalam pembunuhan, merdeka dengan merdeka, sahaya dengan sahaya, perempuan dengan perempuan. Barang siapa mendapat maaf daripada saudaranya akan sesuatu, maka hendaklah dia mengikut secara yang baik dan membayarkan (diat) kepada saudaranya itu dengan baik-baik. Demikian itu suatu keinginan daripada Tuhanmu dan rahmatNya. Barang siapa yang zalim sesudah itu , maka untuknya siksaan yang pedih.

179. Kamu mendapat hidup dengan qisas itu, hai orang-orang yang mempunyai akal , mudah-mudahan kamu bertakwa.

180. Diperlukan atas kamu , bila salah seorang kamu telah hampir mati , jika dia meninggalkan harta , supaya berwasiat untuk dua orang ibubapa dan karib-kerabat secara makruf, sebagai suatu kewajipan atas oarng-orang takwa.

surat Al-Baqarah

Thursday, May 28, 2009

Halal lagi Baik

161. Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati dalam kekafirannya, untuk mereka itu kutuk Allah, malaikat dan manusia sekaliannya.

162. Kekal mereka itu di dalamnya, tiada diringankan siksaan daripada mereka dan tiada pula mereka diberi tempoh.

163. Tuhanmu Tuhan yang Esa, Tidak ada Tuhan melainkan Dia. Ia Maha Pengasih lagi Penyayang.

164. Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi, perbezaan malam dan siang, kapal yang berlayar dilautan barang-barang yang berfaedah bagi manusia, hujan yang diturunkan Allah dari langit, lalu dihidupkanNya dengan dia bumi yang telah mati, berkeliaran diatasnya tiap-tiap yang melata, angin yang bertiup dan awan yang terbentang antara langit dan bumi, sesungguhnya segala yang tersebut itu menjadi ayat-ayat bagi kaum yang berfikir.

165. Diantara manusia ada yang mengambil lain daripada Allah beberapa sekutu, sedang mereka itu mengasihinya, seperti mengasihi Allah. Tetapi orang-orang yang beriman amat kasih kepada Allah. Jika orang-orang zalim mengetahui, ketika mereka melihat siksaan , ... . Sesungguhnya kekuasaan bagi Allah semuanya dan sunguh Allah sangat keras siksaanNya.

166. Ketika berlepas diri orang-orang yang diikut daripada orang-orang yang mengikut, ketika mereka itu melihat siksaan dan telah putuslah antara mereka itu sebab-sebab pertalian.

167. Berkata orang-orang yang mengikut : Kalau sekiranya kami kembali, maka berlepas diri pula kami daripada mereka, sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka usahanya, sebagai penyesalan bagi mereka, sedang mereka itu tiada keluar dari dalam neraka.

168. Hai manusia , makanlah apa-apa yang di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

169. Hanya syaitan itu menyuruh kamu memperbuat kejahatan dan yang keji-keji dan supaya kamu mengadakan perkataan terhadap Allah, tentang sesuatu yang tiada kamu ketahui.

170. Apabila dikatakan kepada mereka: Ikutlah apa-apa yang diturunkan Allah ! Maka jawab mereka: Tetapi kami mengikut apa-apa yang kami perolehi daripada bapa-bapa kami. Meskipun bapa-bapa mereka itu tiada memikirkan suatu apa pun dan tiada pula mendapat petunjuk.

surat Al-Baqarah

Safa dan Marwah adalah syiar-syiar Allah

151. Sebagaimana Kami telah mengutus seorang Rasul kepadamu, yaitu salah seorang diantaramu, yang membacakan ayay-ayat Kami kepadamu, membersihkan kamu, dan mengajarkan kitab dan hikmah kepadamu; dan lagi mengajarkan apa-apa yang belum kamu ketahui.

152. Maka ingatlah kamu kepadaKu, niscaya Aku ingat kepadamu dan berterima kasihlah kepadaKu dan janganlah kamu menyangkal.

153. Hai orang-orang beriman, minta tolonglah kamu dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang sabar.

154. Janganlah kamu katakan mati, orang-orang yang terbunuh pada sabilillah, bahkan mereka itu hidup, tetapi kamu tiada sadar.

155. Demi, sesungguhnya akan Kami uji kamu dengan suatu, yaitu ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, manusia dan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira orang-orang yang sabar.

156. Orang-orang, apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata; Bahawa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadaNya.

157. Untuk mereka itu selawat daripada Tuhannya serta rahmat, dan mereka itu mendapat petunjuk.

158. Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah syiar-syiar Allah. Maka barang siapa yang menyengaja Bait atau umrah , maka tiadalah mengapa, bahawa dia berlari-lari diantara kedua-duanya. Barang siapa yang mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya Allah Syukur lagi Mahamengetahui.

159. Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa yang Kami turunkan, diantara beberapa keterangan dan petunjuk, setelah Kami terangkan kepada manusia dalam kitab, niscaya mereka itu dikutuki Allah dan dikutuki oleh orang-orang yang mengutukinya.

160. Kecuali orang-orang yang taubat dan memperbaiki serta menyatakan, maka Aku terima taubat mereka, dan Aku Penerima taubat, lagi Penyayang.

surat Al-Baqarah

Wednesday, May 27, 2009

Hadaplah mukamu ke arah Masjidil Haram

141. Demikian itulah suatu umat yang telah terdahulu. Untuknya apa-apa yang diusahakannya dan untukmu apa-apa yang kamu usahakan dan kamu tiada diperiksa tentang apa-apa yang mereka dikerjakan .

142. Nanti akan berkata orang-orang yang bodoh diantara manusia: Mengapakah mereka itu berpaling daripada kiblatnya yang dahulu ? Katakanlah: Kepunyaan allah timur dan barat. Dia menunjuki siapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.

143. Begitulah Kami jadikan kamu umat yang pertengahan, supaya kamu menjadi saksi atas manusia; dan Rasul menjadi saksi pula atas perbuatanmu. Tiadalah Kami jadikan kiblat engkau yang dahulu itu , melainkan supaya Kami mengetahui orang-orang yang mengikut Rasul daripada orang yang kembali kepada kekafiran. Sesungguhnya yang demikian itu amat berat, kecuali atas orang-orang yang ditunjuki Allah. Allah tiada mensia-siakan keimanan kamu. sungguh Allah Pengasih lagi Penyayang kepada manusia.

144. Sesungguhnya Kami lihat berulang-ulang tengadah muka engkau ke langit. Maka demi, Kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau sukai. Maka hadaplah mukamu ke arah masjidil haram. Di mana-mana kamu berada, maka hadaplah mukamu ke arahnya. Sesungguhnya ahli kitab mengetahui, bahawa yang demikian itu suatu kebenaran daripada Tuhannya. Allah tiada lalai dari apa-apa yang mereka kerjakan.

145. Demi, jika engkau tunjukkan beberapa keterangan kepada ahli kitab, niscaya mereka tiada mengikut kiblatmu dan engkau tiada pula akan mengikut kiblat mereka; dan tiadalah sebahagian mereka mengikut kiblat yang lain. Demi, jika engkau ikut kemahuan mereka, setelah datang kepada engkau ilmu pengetahuan, niscaya engkau ketika itu termasuk orang-orang yang zalim.

146. Orang-orang yang Kami datangkan Kitab kepadanya, mereka kenal akan dia, sebagaimana mereka kenal akan anak-anaknya sendiri. Sesungguhnya segolongan mereka menyembunyikan kebenaran, sedang mereka mengetahuinya.

147. Kebenaran itu adalah daripada Tuhanmu, sebab itu janganlah engkau termasuk orang-orang yang bimbang.

148. Untuk tiap-tiap ada kiblat, dia menghadapinya , maka berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebajikan. Dimana saja kamu berada, Allah akan menghimpunkan kamu sekalian . Sesengguhnya Allah Mahakuasa atas tiap-tiap sesuatu.

149. Ke mana saja engkau keluar, maka hadapkanlah mukamu ke arah masjidil haram. Sesungguhnya yang demikian itu suatu kebenaran daripada Tuhanmu. Dan Allah tiada lalai dari apa-apa yang kamu kerjakan.

150. Ke mana saja engkau berjalan, maka hadapkankah mukamu ke arah masjidil haram, dan di mana juga tempatmu, hadapkanlah mukamu ke arahnya, supaya tak ada bagi manusia hujah terhadap kamu, kecuali orang-orang yang zalim diantara mereka itu. Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepadaKu, dan supaya Aku sempurnakankan nikmatKu kepadamu dan mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk.

surat Al-Baqarah

Islamlah engkau !

131. Ketika tuhan berfirman kepada Ibrahim: Islamlah engkau ! Jawabnya: Saya telah Islam Tuhan semesta alam.

132. Ibrahim telah berwasiat kepada anak-anaknya dengan agama itu dan Ya'kub: Hai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama untukmu, maka janganlah kamu mati , melainkan dalam keadaan muslim.

133. Adakah kamu tahu, ketika Ya'kub hampir meninggal dunia, ketika dia berkata kepada anak-anaknya: Apakah yang kamu sembah, kemudian selepas matiku ? Sahut mereka : Kami sembah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu, Ibrahim, Ismail dan Ishak, sedang Dia Tuhan yang esa; dan kami patuh kepadaNya.

134. Demikian itulah suatu umat yang telah terdahulu. Untuknya apa-apa yang diusahakannya dan untukmu apa-apa yang kamu usahakan, dan kamu tiada diperiksa tentang apa-apa yang mereka kerjakan.

135. Berkata mereka itu: Beragama Yahudilah kamu , atau beragama Nasrani, supaya kamu mendapat pertunjuk. Katakanlah; Bahkan agama Ibrahim yang lurus, dan bukanlah dia termasuk orang-orang musyrik.

136. Katakanlah: Kami telah beriman kepada Allah dan yang diturunkan kepada kami dan apa-apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya'kub dan anak-anaknya, yang diturunkan kepada Musa dan Isa, dan apa-apa yang diturunkan kepada nabi-nabi daripada Tuhan mereka , tiadalah kami perbezakan seorang juga diantara mereka itu dan kami patuh kepada Allah.

137. Maka jika mereka beriman seperti keimanan kamu, sesungguhnya mereka mendapat petunjuk; tetapi jika mereka berpaling, maka hanya mereka dalam perpecahan ; maka engkau akan dipeliharakan Allah dari kejahatan mereka, dan Dia Mahamendengar, lagi Mahamengetahui.

138. Ialah celupan Allah . Siapakah lebih baik celupannya daripada Allah ? Dan kami hanya menyembah kepadaNya.

139. Katakanlah: Adakah kamu membantah kami tentang Allah ? Dialah Tuhan kami dan Tuhan Kamu ; untuk kami amalan kami dan untukmu amalan kamu ; dan kami hanya menyembah kepadaNya dengan tulus ikhlas.

140. Adakah kamu katakan, bahawa Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya'kub dan anak-anaknya, semuanya beragama Yahudi atau Nasrani ? Katakanlah: adakah kamu yang lebih tahu atau Allah ? Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan kesaksiannya daripada Allah ? Dan Allah tiada lalai dari apa-apa yang kamu kerjakan.


surat Al-Baqarah

Doa nabi Ibrahim di Bait

121. Orang-orang yang Kami turunkan Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan sebenar-benarnya membaca, mereka itu beriman kepada Kitab itu; dan siapa yang ingkar akan dia, mereka itulah orang merugi.

122. Hai Bani Israil ! Ingatlah akan nikmatKu, yang telah Kuberikan kepadamu dan sesungguhnya aku telah melebihkan kamu dari seisi alam.

123. Takutlah hari, seseorang tidak dapat menggantikan orang lain sedikit pun, dan tiada diterima daripadanya tebusan dan tiada bermanfaat baginya pertolongan , sedang mereka tiada mendapat pertolongan.

124. Ketika Ibrahim dicubai oleh Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu diturutnya segala perintah itu. Berkata Allah: sesungguhnya Aku angkat engkau menjadi imam bagi manusia. Berkata Ibrahim: Daripada anak cucuku. Berkata Allah: Tetapi orang-orang yang zalim tiada mendapat perjanjianKu ini.

125. Ketika Kami jadikan Bait tempat pulang kembali bagi manusia serta aman. Dan ambillah makam Ibrahim jadi tempat solat, dan Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail, supaya keduanya membersihkan rumahKu untuk orang-orang tawaf, orang-orang iktikaf,dan orang-orang rukuk dan sujud.

126. Ketika berkata Ibrahim: Ya Tuhanku jadikanlah ini sebuah negeri yang aman , dan berilah rezeki penduduknya dengan bermacam-macam buah-buahan, orang yang beriman kepada Allah dan hari yang kemudian . Berfirman Allah: Barang siapa yang kafir, maka Kuberikan kesenangan yang sedikit, kemudian Kumasukkan dia ke dalam azab neraka; dan di situlah tempat tinggal sejahat-jahatnya.

127. Ketika Ibrahim mempertinggikan asas Bait bersama Ismail, : Ya Tuhan kami , terimalah amalan kami, sesungguhnya Engkau Mahamendengar lagi Mahamengetahui,

128. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami dua orang muslim, dan daripada anak cucu kami menjadi umat muslim bagi Engkau, dan perlihatkanlah kepada kami amalan haji, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkau Penerima taubat, lagi Penyayang,

129. Ya Tuhan Kami, utuslah kepada mereka seorang rasul diantara mereka, yang akan membaca ayat-ayatMu kepada mereka dan akan mengajarkan Kitab dan hikmah kepada mereka serta akan membersihkan mereka , sesunguhnya Engkau Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.

130. Tiadalah orang yang benci akan agama Ibrahim, selain orang yang memperbodohkan dirinya. Sesungguhnya telah Kami pilih Ibrahim itu di dunia dan di akhirat ia termasuk orang-orang yang salih.

surat Al-Baqarah

Tuesday, May 26, 2009

Angan-angan mereka

111. Berkata mereka itu: Tiadalah yang akan masuk syurga, melainkan orang-orang Yahudi atau orang-orang Nasrani. Demikianlah angan-angan mereka. Katakanlah : Tunjukkanlah dalil, jika kamu orang yang benar.

112. Ya, barang siapa yang telah Islam mukanya kepada Allah , sedang ia berbuat baik, maka untuknya pahala di sisi Tuhannya; dan tak ada ketakutan atas mereka dan tiada mereka berdukacita.

113. Berkata orang-orang Yahudi: Orang-orang Nasrani itu bukanlah atas sesuatu. Berkata pula orang-orang Nasrani: Orang-orang Yahudi itu bukanlah atas sesuatu, sedang mereka itu sama-sama membaca Kitab. Demikian pula berkata orang-orang yang tiada berpengetahuan seperti perkataan mereka. Maka Allah akan menghukum diantara mereka pada hari kiamat, tentang apa-apa yang mereka perselisihkan.

114. Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang melarang menyebut nama Allah dalam masjidNya dan berusaha akan merobohkannya ? Mereka itu tiada masuk ke dalam masjid itu, melainkan dengan berhati takut. Untuk mereka itu kehinaan di dunia dan untuk mereka di akhirat siksaan yang besar.

115. Kepunyaan Allah timur dan barat , ke mana kamu menghadap, maka di sanalah kiblat Allah. Sesungguhnya Allah Luas lagi Mahamengetahui.

116. Berkata mereka itu: Allah mempunyai anak. Maha suci Allah daripada itu. Bahkan kepunyaanNya apa-apa yang di langit dan di bumi, semuanya tunduk kepadaNya.

117. Yang menciptakan langit dan bumi; dan apabila Dia mengkehendaki mengadakan sesuatu Dia berkata: Jadilah engkau. Lalu jadilah ia.

118. Berkata orang-orang yang tiada tahu: Mengapa Allah tiada membicarakan dengan kami,atau datang tanda kepada kami. Seperti demikianlah berkata orang-orang yang sebelum mereka, seperti perkataan mereka. Serupa-serupa hati mereka. Sesungguhnya telah Kami terangkan beberapa tanda kepada kaum yang yakin.

119. Sesungguhnya telah Kami utus engkau dengan sebenarnya, untuk memberi khabar gembira dan khabar takut, dan engkau tiada diperiksa tentang orang-orang penghuni neraka.

120. Orang-orang Yahudi dan Nasrani tiada suka kepada engkau , kecuali kalau engkau turut agama mereka. Katakanlah , sesungguhnya petunjuk Allah ialah sebenarnya petunjuk. Demi , jika engkau turut kemahuan mereka , setelah engkau mendapat pengetahuan , tak adalah bagi engkau wali dan penolong daripada Allah.

surat Al-Baqarah

Harut dan Marut di negeri Babil

101. Tatkala datang kepada mereka rasul dari sisi Allah , yang membenarkan yang ada pada mereka , maka sebahagian diantara mereka yang mempunyai Kitab itu membuangkan Kitab Allah dibelakang punggungnya , seolah-olah mereka itu tiada mengetahui.

102. Mereka mengikuti apa yang dibacakan syaitan pada masa kerajaan Sulaiman; dan Sulaiman itu bukan orang kafir, tetapi syaitanlah yang kafir. Mereka ajarkan ilmu sihir kepada manusia, dan apa-apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut di negeri Babil. Keduanya tiada mengajarkan sihir kepada seseorang , melainkan terlebih dahulu berkata: Kami ini hanya mendatangkan cubaan, sebab itu hendaklah jangan kamu kafir. Lalu mereka mempelajari dari keduanya apa-apa yang akan menceraikan antara suami dengan isterinya. Mereka itu tiada memberi melarat kepada seorang jua pun, kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari apa-apa yang melarat kepada mereka dan tiada bermanfaat bagi mereka. Sesungguhnya mereka itu telah tahu , siapa yang membeli sihir tak adalah untuknya bagian di akhirat. Sesungguhnya amat jahat orang-orang yang menjual dirinya dengan sihir, jika mereka mengetahui.

103. Kalau mereka beriman dan bertakwa, sesungguhnya pahala dari sisi Allah lebih baik, jika mereka mengetahui.

104. Hai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu sebut: Rainaa dan sebutlah: Pandanglah kami, dan dengarkanlah olehmu ! Dan untuk orang-orang kafir azab yang pedih.

105. Tiada suka orang-orang yang kafir diantara ahli kitab, dan tidak pula orang-orang musyrik, bahawa turun kebaikan kepadamu dari Tuhanmu. Dan Allah menentukan dengan rahmatNya akan orang yang dikehendakiNya, dan Allah Mempunyai kurnia yang mahabesar.

106. Apa-apa ayat yang Kami ubah atau Kami lupakan , Kami datangkan dengan yang lebih baik daripadanya atau yang seumpamanya. Tidakkah engkau tahu, bahawa Allah Mahakuasa atas tiap-tiap sesuatu ?

107. Tidakkah engkau tahu, bahawa bagi Allah kerajaan langit dan bumi; dan tak ada wali dan penolong untukmu , selain daripada Allah.

108. Adakah kamu kehendaki akan meminta kepada rasulmu, seperti orang dahulu meminta kepada Musa ? Barang siapa yang menukarkan keimanan dengan kufur, maka sesungguhnya telah sesat ia dari jalan yang lurus.

109. Kebanyakan ahli kitab bercita-cita , supaya mereka mengembalikan kamu menjadi kafir, sesudah kamu beriman, kerana dengki dalam hati mereka. Maka maafkanlah mereka dan bebaskanlah, sehingga Allah mendatangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Mahakuasa atas tiap-tiap sesuatu.

110. Dirikanlah solat dan bayarkanlah zakat; dan apa-apa yang kamu usahakan diantara kebaikan untuk dirimu , niscaya kamu peroleh pahalanya di sisi Allah. sesungguhnya Allah Mahamelihat apa-apa yang kamu kerjakan.

surat Al-Baqarah

Monday, May 25, 2009

Berumur seribu tahun

91. Apabila dikatakan kepada mereka : Berimanlah kamu kepada yang diturunkan Allah, berkata mereka: Kami beriman kepada yang diturunkan kepada kami, sedang mereka ingkar akan yang diturunkan kemudiannya, pada hal Kitab itu sebenarnya serta membenarkan yang ada pada mereka. Katakanlah; Mengapakah kamu bunuh nabi-nabi Allah masa dahulu, jika kamu sebenarnya beriman ?

92. Sesungguhnya datang Musa kepadamu dengan keterangan-keterangan kemudian kamu ambil anak lembu sepeninggalnya, sedang kamu orang zalim.

93. Ketika Kami ambil janjimu dan Kami tinggikan bukit di atas kamu, kerjakanlah apa-apa yang Kami perintahkan kepadamu dengan bersungguh-sungguh dan dengarkanlah ! Mereka berkata: Kami dengarkan dan kami derhakai. Telah lekat dihati mereka mencintai anak lembu itu disebabkan kekafirannya. Katakanlah , amat jahat apa yang diperintahkan oleh keimananmu, jika kamu sebenarnya orang beriman.

94. Katakanlah: Jika kampung akhirat khusus untukmu disisi Allah tanpa manusia yang lain, maka hendaklah kamu bercita-cita mati, jika kamu orang yang benar.

95. Mereka tiada akan bercita-cita mati selama-lamanya, sebab yang telah mereka kerjakan dan Allah Mahamengetahui orang-orang yang zalim.

96. Sesungguhnya engkau mendapati mereka seloba-loba manusia untuk hidup, sehingga dari orang-orang yang musyrik; salah seorang mereka menghendaki supaya berumur seribu tahun lamanya; dan ia tiada jauh dari azab, meskipun panjang usianya; dan Allah Mahamelihat apa-apa yang mereka kerjakan.

97. Katakanlah: Barang siapa yang menjadi musuh bagi Jibril, maka sesungguhnya Jibril itu menurunkan Quran ke dalam hati engkau dengan izin Allah , serta membenarkan yang sebelumnya dan menjadi petunjuk dan khabar gembira bagi orang-orang beriman.

98. Barang siapa menjadi musuh bagi Allah , malaikatNya, rasul-rasulNya, Jibril, Mikail, maka sesungguhnya Allah musuh bagi orang-orang kafir itu.

99. Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada engkau beberapa ayat yang terang dan tiadalah yang menyangkalnya , kecuali orang-orang fasik.

100. Adakah tiap-tiap mereka membuat suatu perjanjian , sebahagian mereka melanggarnya, bahkan kebanyakan mereka tiada beriman.

surat Al-Baqarah

Sunday, May 24, 2009

Roh Suci

81. Ya, barang siapa mengerjakan kejahatan dan telah meliputi kesalahan itu , maka mereka itu penghuni neraka, sedang mereka itu kekal di dalamnya.

82. Orang-orang yang beriman dan beramal salih , mereka itu penghuni syurga, sedang mereka itu kekal di dalamnya.

83. Ketika Kami ambil janji Bani Israil, bahawa tidak boleh kamu sembah, selain Allah dan berbuat baik kepada ibubapa, karib kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin; dan katakanlah kepada manusia perkataan yang yang baik; dan dirikanlah solat dan berikanlah zakat , kemudain kamu berpaling , kecuali sedikit diantaramu , sedang kamu tetap berpaling.

84. Ketika Kami ambil janjimu , tidak boleh kamu menumpahkan darahmu dan tidak boleh kamu mengusir saudaramu dari kampungnya, kemudian kamu telah ikrar dan kamu mengakuinya.

85. Kemudian sebahagian kamu membunuh yang lain, dan kamu usir satu golongan diantaramu dari kampungnya, bertolong-tolongan kamu atas berbuat dosa dan aniaya; kalau datang kepadamu orang-orang tawanan , tebus-menebusi kamu dengan mereka , sedang telah diharamkan atas kamu mengusir mereka. adakah kamu percaya kepada sebahagian Kitab dan ingkar akan sebahagiannya ? Maka tiadalah balasan bagi orang yang memperbuat demikian diantaramu, melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia; dan pada hari kiamat mereka dimasukkan ke dalam siksaan yang keras. Allah tiada lalai dari apa-apa yang kamu kerjakan.

86. Mereka itu ialah orang-orang yang membeli kehidupan didunia dengan akhirat , maka tiadalah diringankan siksaan dari mereka dan tiada pula mereka mendapat pertolongan.

87. Sesungguhnya telah Kami berikan Kitab kepada Musa dan Kami ikuti kemudiannya dengan beberapa rasul; dan Kami berikan kepada Isa anak Maryam beberapa keterangan , dan Kami kuatkan dia dengan roh suci. Adakah tiap-tiap rasul yang datang kepadamu , membawa sesuatu yang tiada diingini oleh hawa nafsumu, lalu kamu sombong; maka segolongan , kamu dustakan dan segolongan lagi kamu bunuh.

88. Berkata mereka itu : Hati kami tertutup, tetapi Allah mengutuki mereka sebab kekafirannya, maka sedikitlah yang beriman diantara mereka.

89. Tatkala datang Kitab kepada mereka dari sisi Allah , yang membenarkan Kitab yang ada pada mereka dan adalah mereka pada masa dahulu meminta pertolongan dengan dia buat melawan orang-orang kafir; tetapi tatkala datang kepada mereka apa yang mereka ketahui , mereka mengingkarinya; maka kutuk Allah atas orang-orang yang kafir itu.

90. Amat jahat, mereka itu menjual dirinya menjadi ingkar akan yang diturunkan Allah, kerana dengki , sebab Allah melimpahkan kurniaNya kepada siapa yang dikehendakiNya diantara hamba-hambaNya ; maka mereka kembali dengan mendapat dua kali kemarahan. Untuk orang-orang kafir itu azab yang menghinakan.

surat Al-Baqarah

Beberapa hari saja

71. Berkata Musa: Allah berfirman: sesungguhnya lembu itu bukan yang telah patuh untuk membajak bumi dan bukan pula menyirami ladang, lagi sejahtera, tidak belang warnanya sedikit pun. Berkata mereka itu: Sekarang telah engkau terangkan dengan sebenarnya . Lalu mereka sembelih lembu itu, hampir mereka tiada dapat memperbuatnya.
72. ketika kamu membunuh seseorang, lalu kamu berbantah-bantah tentang siapa yang membunuhnya, sedang Allah melahirkan apa-apa yang kamu sembunyikan.
73. Lalu Kami berkata: Pukullah orang yang mati itu dengan sebahagian anggota lembu itu. Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang mati dan memperlihatkan kepadamu ayat-ayatNya , mudah-mudahan kamu memikirkannya.
74. Kemudian hatimu menjadi keras sesudah itu , lalu ia seperti batu atau lebih keras. Sesungguhnya dari sebahagian batu , terpancar air sungai daripadanya, dan diantara batu ada yang belah, lalu keluar air daripadanya, dan setengahnya pula jatuh , kerana takut kepada Allah. Allah tiada lalai dari apa-apa yang kamu kerjakan.
75. Adakah kamu harap , bahawa mereka itu akan beriman kepadamu dan sesungguhnya segolongan diantara mereka mendengar perkataan Allah, kemudian mereka ubah setelah difikirkannya, pada hal mereka itu mengetahui.
76. Apabila mereka menemui orang-orang yang beriman , mereka berkata: Kami telah beriman. Tetapi apabila mereka bersembunyi sesamanya , mereka berkata: Mengapa kamu beritakan kepada orang-orang beriman yang dibukakan Allah kepadamu ? Nanti mereka menghujah kamu dengan dia disisi Tuhanmu, tiadakah kamu memikirkan ?
77. Tiadakah mereka itu tahu, bahawa Allah mengetahui apa-apa yang mereka rahsiakan dan apa-apa yang mereka lahirkan.
78. Diantara mereka itu ada yang ummi, tiada mengetahui Kitab selain perkara yang bohong-bohong dan mereka tiada lain, hanya mengira-ngira saja.
79. Maka celakalah bagi orang-orang yang menulis kitab dengan tangannya , kemudian mereka berkata: Ini dari sisi Allah, supaya dapat mereka menjualnya dengan wang yang sedikit. Celakalah bagi mereka kerana tulisan tangannya dan celakalah bagi mereka kerana usahanya.
80. Berkata mereka :Kita tiada akan disentuh api neraka, melainkan beberapa hari saja. Katakanlah: Adakah kamu telah berjanji dengan Allah , tentu Allah tiada akan memungkiri janjiNya, atau kamu mengadakan bohong terhadap Allah dengan sesuatu yang tiada kamu ketahui ?

surat Al-baqarah

Saturday, May 23, 2009

Kami tiada sabar

61.ketika kamu berkata: Ya Musa , kami tiada sabar, jika makanan itu semacam saja, sebab itu mintakanlah untuk kami kepada Tuhanmu, supaya ditumbuhkanNya untuk kami dari apa-apa yang ditumbuhkan bumi sayur-sayuran, mentimun, bawang putih, adas dan bawang merah. Berkata Musa : Mahukah kamu menukar barang yang baik dengan barang yang buruk ? Berangkatlah kamu ke kota , di sana kamu akan mendapat apa-apa yang kamu minta. Lalu mereka itu ditimpa kehinaan dan kemiskinan dan mereka kembali mendapat kemarahan daripada Allah. Demikian itu kerena mereka itu menyangkal ayat-ayat Allah dan membunuh Nabi-Nabi tanpa kebenaran. Demikian itu sebab mereka derhaka dan melampaui batas.
62. Sesungguhnya orang-orang yang beriman , orang-orang Yahudi, Nasrani dan Shabiin , barang siapa yang beriman diantara mereka itu kepada Allah dan hari yang kemudian, serta beramal salih , maka untuk mereka itu pahala disisi Tuhannya; dan tak ada ketakutan atas mereka dan tiada mereka berdukacita.
63.Ketika Kami ambil janji daripadamu dan Kami tinggikan bukit di atasmu: Ambillah apa-apa yang Kami perintahkan kepadamu dengan kekuatan dan ingatlah apa-apa yang di dalamnya, mudah-mudahan kamu bertakwa.
64.Kemudian kamu berpaling sesudah itu . Kalau tiadalah kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu, niscaya kamu termasuk orang-orang yang merugi.
65.Sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar peraturan diantara kamu pada hari Sabtu, lalu Kami berkata kepada mereka ; Jadi keralah kamu serta terusir.
66.Maka Kami jadikan yang demikian itu suatu pengajaran bagi orang-orang pada masa itu dan orang-orang yang kemudiannya dan jadi pengajaran bagi orang-orang yang bertakwa.
67.ketika berkata Musa kepada kaumnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih lembu betina. Jawab mereka itu : Adakah kamu memperolok-olokkan kami ? Berkata Musa : Aku berlindung kepada Allah, bahawa aku termasuk orang-orang jahil.
68.Berkata mereka itu: Mintakanlah untuk kami kepada Tuhanmu , supaya diterangkanNya kepada kami, lembu apakah itu ? Berkata Musa : Sesungguhnya Allah berkata , bahawa lembu itu tiada tua dan tiada pula terlalu muda , pertengahan diantara itu, maka perbuatlah apa yang disuruh itu.
69.Berkata mereka itu : Mintakanlah untuk kami kepada Tuhanmu , supaya diterangkanNya kepada kami, apakah warnanya ? Jawab Musa: Sesungguhnya Allah berkata: Lembu itu kuning tua warnanya , menggirangkan hati orang-orang yang melihatnya.
70.Berkata mereka itu : Mintakanlah untuk kami kepada tuhanmu, supaya diterangkanNya kepada kami, lembu apakah itu ? Sungguh lembu itu telah meragukan kami. InsyaAllah kami mendapat petunjuk.

surat Al-baqarah

40 malam lamanya

51.ketika Kami janjikan kepada Musa empat puluh malam lamanya, kemudian kamu ambil anak lembu sepeninggalnya pada hal kamu zalim.
52.Kemudian Kami maafkan kesalahanmu sesudah itu, mudah-mudahan kamu berterima kasih.
53.Ketika Kami berikan kepada Musa Kitab dan furqan, mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk.
54.Ketika berkata Musa kepada kaumnya: Hai kaumku, sesungguhnya kamu telah menzalimi dirimu sendiri, kerana kamu mengambil anak kembu, sebab itu taubatlah kamu kepada Yang Menjadikan kamu, dan bunuhlah dirimu ! Demikian itu lebih baik bagimu disisi Yang Menjadikanmu. Lalu Tuhan menerima taubatmu. Sesungguhnya Dia Penerima taubat lagi Penyayang.
55.Ketika kamu berkata: Ya Musa, kami tak akan percaya kepada engkau, sehingga kami melihat Allah berterang-terangan, lalu halilintar menyiksa kamu, sedang kamu melihatnya.
56.Kemudian Kami bangkitkan kamu sesudah matimu, mudah-mudahan kamu berterima kasih.
57.Kami lindungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan almanna dan salwa: makanlah rezeki baik yang Kami berikan kepadamu. Mereka itu tiada menzalimi Kami, tetapi mereka menzalimi diri mereka sendiri.
58.Ketika Kami berkata: Masuklah kamu ke dalam negeri ini dan makanlah didalamnya dengan bersenang-senang sebagaimana kamu kehendaki dan masuklah ke pintunya dengan sujud, dan bacalah : hiththah, niscaya Kami ampuni kesalahanmu. Dan Kami akan tambah orang-orang yang berbuat kebaikan.
59.Tetapi orang-orang yang zalim mengubah perkataan dengan tiada yang dikatakan kepadanya, lalu Kami turunkan kepada orang-orang yang zalim itu siksaan dari langit, kerana mereka itu fasik.
60.Ketika Musa minta air untuk kaumnya, lalu Kami berkata: Pukullah batu itu dengan tongkatmu ! Lalu terpancarlah dua belas mata air daripadanya. Sesungguhnya tiap-tiap orang mengetahui tempat minumnya masing-masing: Makanlah dan minumlah dari rezeki Allah dan janganlah kamu berbuat bencana dimuka bumi sebagai orang-orang jahat.


surah Al-baqarah

Friday, May 22, 2009

Berimanlah kamu

41.Dan berimanlah kamu kepada yang Kuturunkan, yang membenarkan yang ada serta kamu dan janganlah kamu orang yang mula-mula kafir dengan dia, dan janganlah kamu jual ayat-ayatKu dengan wang sedikit, dan takutlah kepadaKu.
42.Dan janganlah kamu campurkan kebenaran dengan yang batil dan kamu sembunyikan kebenaran itu, sedang kamu mengetahuinya.
43.Dan dirikanlah solat dan bayarlah zakat, dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk.
44.Adakah patut kamu suruh manusia berbuat kebaikan dan kamu lupakan dirimu sendiri, sedang kamu membaca Kitab. Tiadakah kamu memikirkan ?
45.Minta tolonglah kamu dengan kesabaran dan solat; dan sesungguhnya solat itu amat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk;
46.Orang-orang yang yakin, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan mereka akan kembali kepadaNya.
47.Hai Bani Israil, ingatlah akan nikmatKu yang telah Kuanugerahkan kepadamu dan sesungguhnya Aku telah memuliakan kamu dari seisi alam.
48.Takutlah kamu akan hari yang tiada boleh seseorang menggantikan orang lain sedikitpun; dan tiada diterima pertolongan dan tiada pula tebusan daripadanya, sedang mereka tiada mendapat pertolongan.
49.Ketika kami melepaskan kamu daripada keluarga Firaun, mereka menyiksa kamu dengan sejahat-jahat siksaan; mereka sembelih anak-anakmu yang lelaki dan mereka hidupi anak-anakmu yang perempuan. Yang demikian cubaan yang besar daripada Tuhanmu.
50.Ketika kami belahkan air laut untukmu, lalu Kami lepaskan kamu dan Kami tenggelamkan keluarga Firaun, sedang kamu melihat.

surah Al-baqarah

Thursday, May 21, 2009

31 - 40 daripada 286 ayat

31.Allah mengajarkan kepada Adam sekalian nama-nama barang, kemudian dibawa barang-barang itu kepada malaikat, lalu Allah berfirman: Khabarkanlah kepadaKu nama-nama barang ini, jika kamu yang benar.
32.Jawab mereka: Mahasuci Engkau, tak adalah pengetahuan kami, melainkan apa-apa yang Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Mahamengetahui lagi Mahabijaksana.
33.Berfirman Allah: Hai Adam, khabarkanlah kepada malaikat itu nama-nama barang ini ! Tatkala Adam menerangkan nama-nama barang itu, Allah berfirman: Bukankah sudah Kukatakan kepadamu, bahawa Aku mengetahui yang ghaib di langit dan di bumi, serta Kuketahui apa-apa yang kamu lahirkan dan apa-apa yang kamu sembunyikan ?
34.Ketika Kami berkata kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam ! Lalu mereka itu sujud, kecuali iblis, ia enggan, dan takbur, dan ia termasuk orang-orang kafir.
35.Berkata Kami: Hai Adam, tinggallah engkau bersama isteri engkau dalam syurga, dan makanlah buah-buahannya dengan senang menurut kehendakmu; dan janganlah kamu mendekati pohon kayu ini, nanti kamu termasuk orang-orang zalim.
36.Kemudian keduanya diperdayakan oleh syaitan, sampai dikeluarkan dari yang telah didapatinya. Berkata Kami: Turunlah kamu, sebahagian kamu dengan yang lain bermusuh-musuhan; dan untukmu tempat kediaman di atas bumi, dan kesenangan, hingga seketika.
37.Kemudian Adam memperolehi beberapa kalimat daripada Tuhannya, lalu Allah menerima taubatnya, sesungguhnya Dia Penerima taubat lagi Penyayang.
38.Berkata Kami: Turunlah kamu sekalian dari syurga. Jika datang petunjukKu kepadamu, maka barang siapa yang mengikut petunjukKu itu, niscaya tak ada ketakutan atas mereka dan tiada mereka berdukacita.
39.Orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni neraka, sedang mereka itu kekal didalamnya.
40.Hai Bani Israil, ingatlah akan nikmatKu yang telah Kuanugerahkan kepadamu; dan sempurnakanlah janjiKu, niscaya Kusempurnakan janjiKu untukmu dan hanya kepadaKu hendaklah kamu takut.

Wednesday, May 20, 2009

Kempen membaca Al-Quran dan As-Sunnah

Bismillahirrahmanirrahim,

1.Saya ingin memulakan kempen membaca Al-Quran dan As-Sunnah untuk semua orang,sama ada muslim dan bukan muslim yang tahu dan faham berbahasa Melayu.

2.As-Sunnah yang dimaksudkan di sini ialah sekurang-kurangnya dua buah Kitab Besar Hadis iaitu Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

3.Adalah sangat diharapkan Al-Quran dan As-Sunnah ini mudah, senang dan percuma untuk diakses oleh sesiapa,di mana jua dan pada bila-bila masa sahaja.

4.Buat permulaan saya siarkan terjemahan Al-Quran di sini. Sumber rujukannya daripada Tafsir Quran Karim oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus.

5.Tujuan utama memberi pengetahuan dan pemahaman secara terus dan langsung mengenai isi kandungannya kepada semua orang yang mahukan kebenaran dan kebaikan sejagat.

6.Jika ada kesamaran,keraguan.percanggahan dan perselisihan dalam bahasa Melayu, adalah sangat diingatkan bahawa rujukan dalam bahasa Arab adalah muktamad.Ini kerana Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab.

7.Marilah kita bersama-sama tidak kira apa Agama, Bangsa, Budaya, Bahasa dan ideologi menjayakannya Kempen membaca Al-Quran dan As-Sunnah untuk semua.Terlebih baik setiap keluarga memiliki Sahih Bukhari dan Muslim di rumah masing-masing membaca dan memahaminya seterusnya mengamalkannya.

Surat Al-Baqarah/Lembu Betina (sambungan)

Bismillahirrahmanirrahim,

21.Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.
22.Yang mengadakan bumi untukmu sebagai tikar dan langit sebagai atap dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu ditumbuhkanNya dengan air itu buah-buahan untuk rezeki bagimu; sebab itu janganlah kamu adakan bagi Allah beberapa sekutu, sedang kamu mengetahuinya.
23.Jika kamu dalam ragu-ragu tentang yang Kami turunkan kepada hamba Kami, maka perbuatlah olehmu satu surat seumpamanya dan panggillah saksi-saksimu selain daripada Allah, jika kamu orang yang benar.
24.Kalau tidak kamu perbuat dan takkan dapat kamu memperbuatnya, maka takutlah akan api neraka yang penyalakannya manusia dan batu-batu, disediakan untuk orang-orang kafir.
25.Berilah khabar gembira orang-orang yang beriman dan beramal salih, bahawa sesungguhnya untuk mereka itu syurga yang mengalir air sungai dibawahnya. Tiap-tiap mereka mendapat rezeki daripada buah-buahannya, mereka berkata: Ini seperti rezeki yang diberikan kepada kita dahulu. Mereka diberi rezeki yang serupa-serupa dan untuk mereka dalam syurga isteri-isteri yang suci, sedang mereka kekal didalamnya.
26.Sesungguhnya Allah tiada malu menjadikan nyamuk, untuk jadi perumpamaan atau benda yang lebih hina daripadanya. Ada pun orang-orang yang beriman mengetahui, bahawa yang demikian itu suatu kebenaran daripada Tuhannya; tetapi orang-orang yang kafir berkata: Apakah maksud Allah dengan perumpamaan ini ? Disesatkan Allah dengan perumpamaan itu kebanyakan orang dan ditunjukiNya kebanyakan orang yang lain, tetapi Allah tidak menyesatkan dengan dia, kecuali orang-orang yang fasik.
27.Orang-orang yang melanggar janji Allah setelah teguhnya dan mereka itu memutuskan yang disuruh Allah memperhubungkannya, lagi mereka berbuat bencana di muka bumi. Mereka itulah orang-orang merugi.
28.Mengapakah kamu menyangkal Allah, sedang kamu dahulu mati, kemudian kamu dihidupkanNya, akhirnya kamu kembali kepadaNya.
29Dia yang menciptakan untukmu apa-apa yang di bumi semuanya; kemudian disengajaNya menjadikan langit, lalu diperbuatNya tujuh langit. Dan Dia Mahamengetahui tiap-tiap sesuatu.
30.Ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di atas bumi. Maka jawab mereka itu: Adakah patut Engkau jadikan di atas bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah, sedang kami tasbih memuji Engkau dam menyucikan Engkau ? Allah berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tiada kamu ketahui.

Surat Al-Baqarah/Lembu Betina (sambungan)

Bismillahirrahmanirrahim,

11.Apabila dikatakan kepada mereka; Janganlah kamu berbuat bencana dimuka bumi,maka jawab mereka: Hanya kami berbuat kebaikan.
12.Ingatlah, sesungguhnya mereka itu berbuat bencana, tetapi mereka tiada sadar.
13.Apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu, sebagaimana manusia telah beriman, mereka berkata: Adakah kami akan beriman sebagaimana orang-orang bodoh telah beriman? Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah yang sebenarnya bodoh, tetapi mereka tiada tahu.
14.Apabila mereka menemui orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman. Tetapi bila mereka bersembunyi dengan ketua-ketuanya, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami beserta kamu juga, hanya kami memperolok-olokkan.
15.Allah akan memperolok-olokkan mereka itu, dan membiarkan mereka dalam kedurhakaannya, sedang mereka itu bimbang.
16.Mereka membeli kesesatan dengan petunjuk; maka tiada berlaba perniagaan mereka dan tiada pula mendapat petunjuk.
17.Umpama mereka itu seperti orang yang menyalakan api, tatkala bercahaya dikelilingnya, dihilangkan Allah cahaya itu dan ditinggalkaNya mereka dalam gelap-gelita, tiada melihat suatu apa pun.
18.Tuli, bisu dan buta, sedang mereka tiada juga kembali;
19.Atau seumpama orang-orang yang ditimpa hujan yang turun dari langit disertai gelap-gelita, guruh dan kilat, mereka itu memasukkan anak jarinya ke dalam telinganya, kerana mendengar petir, lantaran takut mati. Allah meliputi akan orang-orang kafir itu.
20.Hampir kilat menyambar pemandangan mereka. Tiap-tiap kilat itu bercahaya, mereka berjalan, tetapi apabila gelap, mereka berhenti. Kalau dikehendaki Allah, niscaya dihilangkanNya pendengaran dan pemandangan mereka. Sesungguhnya Allah Mahakuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Surat Al-Baqarah/Lembu Betina

Bismillahirrahmanirrahim,
1.Alif laam miim.
2.Kitab itu tidak ada keraguan padanya,jadi petunjuk bagi orang-orang yang takwa,
3.Orang-orang yang beriman kepada yang ghaib,mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka;
4.Dan orang-orang yang beriman kepada yang diturunkan engkau dan yang diturunkan sebelum engkau,sedang mereka itu yakin akan adanya akhirat.
5.Mereka itu atas petunjuk daripada Tuhannya;dan mereka itulah orang-orang yang menang.
6.Sesungguhnya orang-orang yang kafir sama bagi mereka,engkau beri peringatan mereka atau tiada engkau beri peringatan,niscaya tiada juga mereka beriman.
7.Allah telah mencap hati dan pendengaran mereka; dan atas penglihatan mereka ada tutup; dan untuk mereka itu siksa yang besar.
8.Diantara manusia ada yang berkata:Kami telah beriman kepada Allah dan hari yang kemudian,padahal mereka itu bukan orang-orang beriman.
9.Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman,padahal mereka tiada menipu hanya diri mereka sendiri,tetapi mereka tiada sadar.
10.Dalam hati mereka ada penyakit,lalu ditambah Allah penyakit itu; dan untuk mereka itu siksa yang pedih,kerana mereka berdusta.

Surat Al-Fatihah/Pembukaan

1.Dengan nama Allah yang Mahapengasih,Penyayang,
2.Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam,
3.Yang Mahapengasih,Penyayang,
4.Lagi mempunyai hari pembalasan.
5.Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami minta pertolongan.
6.Tunjukilah kami kejalan yang lurus,
7.yaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka,sedang mereka itu bukan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula orang-orang yang sesat.

Tuesday, May 19, 2009

Assalamualaikum wrhmtllhwbrkth

A'uzubillahiminasysyaitonirrajim,
Bismillahirrahmanirrahim,
1.Bacalah dengan nama Tuhan-mu yang telah menciptakan,
2.Telah menciptakan manusia dengan segumpal darah,
3.Bacalah dan Tuhan-mu amat pemurah,
4.Yang mengajarkan dengan pena,
5.Yang mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tiada diketahuinya.