Friday, February 12, 2010

Kami Memudahkannya Dengan Bahasa Engkau

91. Oleh kerana mereka mengatakan Yang Mahapengasih mempunyai anak.

92. Tiada patut Yang Mahapengasih mempunyai anak.

93. Tidak ada tiap-tiap dilangit dan dibumi, melainkan semuanya, datang kepada yang Mahapengasih menjadi hambanya.

94. Sesungguhnya Dia telah menghitung mereka dan membilangnya dengan bilangan.

95. Semua mereka datang kepadaNya pada hari kiamat dengan seorang dirinya.

96. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan yang baik-baik, Yang Mahapengasih akan mengadakan bagi mereka kasih-sayang.

97. Hanya Kami memudahkannya dengan bahasa engkau, supaya engkau memberi khabar orang yang takwa dan engkau beri peringatan kaum yang pembantah.

98. Beberapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka. Adakah engkau dapati seorang diantara mereka itu atau engkau dengar suaranya yang lembut ?

surat Maryam

Thursday, February 11, 2010

Supaya Mereka Mendapat Kekuasaan

81. Mereka itu mengangkat Tuhan-Tuhan selain daripada Allah, supaya mereka mendapat kekuasaan.

82. Sekali-kali tidak. Mereka akan mengingkari peribadatan mereka kepada Tuhannya, adalah Tuhan-Tuhan itu menjadi lawannya.

83. Tiadaakah engkau perhatikan, bahawa Kami telah mengirim syaitan-syaitan kepada orang-orang kafir, untuk menggerakkan mereka dengan satu pergerakan,

84. Sebab itu janganlah engkau segerakan siksaan untuk mereka itu. Kami hanya menghitung mereka dengan bilangan.

85. Pada hari Kami himpunkan orang-orang yang takwa kepada Yang Mahapengasih, sebagai perutusan.

86. Dan Kami halaukan orang-orang yang berdosa ke dalam neraka dalam kehausan.

87. Mereka tiada berhak mendapat syafaat, kecuali orang yang telah mengambil janji disisi Yang Mahapengasih.

88. Mereka itu berkata : Yang Mahapengasih mempunyai seorang anak.

89. Sesungguhnya kamu telah datang dengan suatu yang mungkar besar.

90.Hampir langit pecah-pecah kerananya dan bumi belah-belah dan gunung-gunung gugur pecah-belah.

surat Maryam

Wednesday, February 10, 2010

Tangguh Kepadanya Dengan Satu Pertangguhan

71. Tidak ada seorangpun diantara kamu, melainkan mendatangi neraka, demikian itu suatu kewajipan yang diputuskan oleh Tuhanmu.

72. Kemudian Kami selamatkan orang-orang takwa dan Kami biarkan orang-orang zalim dalam neraka dengan berlutut.

73. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang terang, lalu orang-orang yang kafir berkata kepada orang-orang yang beriman : Manakah diantara kedua golongan yang lebih baik tempat diamnya dan lebih indah majlis ?

74. Berapa banyaknya umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, sedang mereka amat baik perkakas rumah dan pemandangannya.

75. Katakanlah : Barang siapa yang dalam kesesatan, maka Yang Mahapengasih akan memberi tangguh kepadanya dengan satu pertangguhan. Sehingga, apabila mereka melihat apa yang dijanjikan, adakalanya siksaan dan adakalanya kiamat, maka mereka akan tahu, siapa yang lebih jahat tempatnya dan lebih lemah tenteranya.

76. Allah akan menambah petunjuk kepada orang yang mahu menerima petunjuk. Segala yang kekal dan baik-baik, adalah lebih baik pahalanya disisi Tuhanmu dan lebih baik tempat kembalinya.

77. Adakah engkau lihat orang yang ingkar akan ayat-ayat Kami dan berkata : Sesunggunya aku telah diberi harta dan anak.

78. Adakah dia melihat yang ghaib atau dia membuat perjanjian dengan Yang Mahapengasih ?

79. Sekali-kali tidak. Nanti akan Kami tuliskan apa-apa yang dikatakannya dan Kami tambahkan kepadanya siksaan dengan satu tambahan.

80. Dan Kami warisi daripadanya apa yang dikatankannya, dan dia akan datang kepada Kami dengan seorang dirinya.

surat Maryam

Tuesday, February 9, 2010

Sembahlah Dia Dan Sabarlah MenyembahNya

61. Syurga adnin yang dijanjikan oleh Yang Mahapengasih kepada hambaNya, dengan barang yang ghaib. Sungguh janjiNya akan datang.

62. Mereka tiada mendengarkan disana omong kosong, kecuali selamat. Untuk mereka ada rezeki didalamnya pada pagi dan petang.

63. Itulah syurga yang akan Kami wariskan kepada orang yang takwa diantara hamba-hamba Kami.

64. Tiadalah kami turun, melainkan dengan perintah Tuhanmu. KepunyaanNya apa-apa yang dihadapan kami dan apa-apa yang dibelakang kami dan apa-apa yang diantara keduanya dan bukanlah Tuhanmu lupa.

65. Tuhan langit dan bumi dan apa-apa yang diantara keduanya, sebab itu sembahlah Dia dan sabarlah untuk menyembahNya. Adakah engkau ketahui yang dinamai seumpama namanya ?

66. Berkata manusia : Apabila aku mati, adakah aku akan dikeluarkan hidup kembali ?

67. Tiadakah manusia ingat, bahawa Kami telah menjadikannya dahulu, sedang dia belum ada suatupun.

68. Demi Tuhanmu, sesungguhnya Kami akan menghimpunkan mereka bersama syaitan-syaitan, kemudian Kami hadirkan mereka di sekeliling neraka dengan berlutut.

69. Kemudian Kami tarik dari tiap-tiap golongan siapa diantara mereka yang amat derhaka kepada Yang Mahapengasih.

70. Kemudian Kami lebih mengetahui mereka yang lebih berhak masuk neraka.

surat Maryam

Friday, February 5, 2010

Kami Tinggikan Dia Ke Tempat Yang TInggi

51. Perhatikanlah dalam Kitab Musa. Sesungguhnya dia seorang yang disucikan dan adalah dia seorang rasul, seorang nabi.

52. Kami panggil dia dari sebelah bukit Thur yang sebelah kanan dan Kami hampirkan dia untuk berbisik-bisik.

53. Kami kurniakan kepadanya dengan rahmat Kami seorang saudaranya, Harun menjadi nabi.

54. Perhatikanlah dalam Kitab Ismail. Sesungguhnya dia seorang yang benar janjinya dan adalah dia seorang rasul dan seorang nabi.

55. Dia menyuruh keluarganya sembahyang dan zakat ; dan adalah dia seorang yang disukai disisi Tuhannya.

56. Perhatikanlah dalam Kitab Idris. Sesungguhnya dia seorang yang sangat benar dan seorang nabi.

57. Kami tinggikan dia ke tempat yang tinggi.

58. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, Nabi-Nabi dari keturunan Adam dan dari orang yang Kami bawa bersama Nuh dan dari keturunan Ibrahim dan Ismail dan lagi dari orang yang telah Kami berikan petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Yang Mahapengasih mereka meniarap sujud dan menangis.

59. Kemudian sepeninggal mereka digantikan oleh pengganti-pengganti jahat, mereka mensia-siakan solat dan mengikut syahwat, sebab itu mereka akan menemui kejahatan.

60. Kecuali orang yang taubat dan beriman lagi mengerjakan yang baik ; mereka itu akan masuk syurga, sedang mereka tiada teraniaya sedikitpun.

surat Maryam

Thursday, February 4, 2010

Untuk Mereka Pujian Yang Baik Lagi Termasyhur

41. Perhatikanlah Ibrahim dalam kitab. Sesungguhnya dia seorang yang sangat benar dan seorang nabi.

42. Ketika ia berkata kepada bapanya : Ya bapaku, mengapa engkau sembah sesuatu yang tiada mendengar dan tiada pula melihat dan tiada bermanfaat kepada engkau sedikitpun ?

43. Ya bapaku, sesungguhnya aku telah diberi ilmu yang belum engkau ketahui, sebab itu ikutlah aku, niscaya kutunjuki engkau jalan yang lurus.

44. Ya bapaku, janganlah engkau sembah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu derhaka kepada Yang Mahapengasih.

45. Ya bapaku, sesungguhnya aku takut, bahawa engkau akan ditimpa siksaan dari yang Mahapengasih, lalu engkau menjadi wali bagi syiatan.

46. Berkata bapanya : Adakah engkau benci kepada Tuhan-Tuhanku, hai Ibrahim ? Demi, jika engkau tidak berhenti, niscaya kurejam engkau dengan batu, dan tinggallah aku dalam masa yang panjang.

47. Sahut Ibrahim : Salam untukmu. Nanti akan kumintakan ampun bagi engkau kepada Tuhanku, sesungguhnya Dia berbuat baik kepadaku.

48. Aku menghindarkan diri daripadamu dan apa yang kamu sembah, selain daripada Allah dan aku meminta kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak celaka dalam permintaanku kepada Tuhanku.

49. Tatkala Ibrahim meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah, selain daripada Allah, maka Kami anugerahi kepadanya Ishak dan Yaakub. Masing-masing Kami jadikan nabi.

50. Kami kurniakan kepada mereka rahmat Kami dan Kami adakan untuk mereka pujian yang baik lagi termasyhur.

surat Maryam

Wednesday, February 3, 2010

Pertakutilah Mereka Dengan Hari Penyesalan

31. Dan dijadikanNya aku seorang yang diberkati, dimana aku berada dan diwasiatkanNya kepadaku sembahyang dan zakat selama mana aku masih hidup,

32. Dan berbuat baik kepada ibuku dan bukanlah aku dijadikanNya seorang yang sombong dan derhaka.

33. Selamat sejahtera bagiku pada hari aku dilahirkan, pada hari aku diwafatkan dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali.

34. Itulah Isa anak Maryam dan itulah kata kebenaran yang mereka ragu-ragu tentangnya.

35. Bukanlah Allah mengambil anak, Dia Mahasuci. Apabila Dia hendak mengadakan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya : Jadilah engkau ! Maka jadilah ia.

36. Sesungguhnya Allah Tuhanku dan Tuhanmu, sebab itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus.

37. Beberapa golongan diantara mereka telah berbantah-bantah, sebab itu celakalah untuk orang-orang yang kafir, ketika melihat hari yang besar.

38. Alangkah nyaring pendengaran mereka dan alangkah terang penglihatannya pada hari mereka datang kepada Kami, tetapi orang-orang zalim pada hari ini didalam kesesatan yang nyata.

39. Pertakutilah mereka dengan hari penyesalan, ketika dihukum perkara mereka, sedang mereka dalam kelalaian dan mereka tiada beriman.

40. Sesungguhnya Kami mewarisi bumi dan orang-orang yang diatasnya, dan kepada Kami mereka dikembalikan.

surat Maryam

Tuesday, February 2, 2010

Sesungguhnya Aku Seorang Hamba Allah

21. Dia berkata : Demikianlah. Tuhanmu berfirman : Ia mudah bagiKu, dan supaya Kami jadikan dia suatu tanda untuk manusia dan satu rahmat daripada Kami dan adalah kejadian itu suatu perkara yang telah diputuskan.

22. Kemudian Maryam mengandungnya, lalu ia berpindah ke tempat yang jauh.

23. Lalu ia berlindung ke pohon kurma, kerana sakit melahirkan anak, ia berkata : Aduh hai kiranya, matilah aku sebelum ini dan adalah aku lupa yang dilupakan.

24. Kemudian Jibril menyerunya dari bawah pokok itu : Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Tuhanmu telah mengadakan di bawah engkau air sungai.

25. Goyangkanlah pokok kurma itu, niscaya dijatuhkannya kepada engkau buah yang masak.

26. Sebab itu makanlah, minumlah dan senagkanlah hatimu ! Jika engkau lihat seorang manusia, maka katakanlah : Sesungguhnya aku telah bernazar kepada Yang Mahapengasih akan berpuasa, dan tiada akan berbicara dengan manusia pada hari ini.

27. Kemudian Maryam membawa anaknya kepada kaumnya dengan mengendongnya. Mereka berkata : Hai Maryam ! Sesungguhnya kau telah membawa suatu yang ajaib.

28. Hai saudara Harun ! Bapa engkau bukan seorang yang jahat dan ibu engkau bukan pula perempuan jahat.

29. Lalu Maryam mengisyaratkan kepada anaknya. Mereka berkata : Bagaimanakah kami akan berbicara dengan bayi yang masih dalam buaian ?

30. Dia berkata : Sesungguhnya aku seorang hamba Allah. DiberikanNya kepadaku Al-Kitab dan dijadikanNya aku seorang nabi,

surat Maryam