21.Perhatikanlah, bagaimana Kami melebihkan setengah mereka dari yang lain. Sesungguhnya akhirat terlebih besar darjatnya dan terlebih besar kelebihannya.
22. Janganlah engkau adakan Tuhan yang lain serta Allah, nanti engkau tercela dan terhina.
23. Tuhanmu memerintahkan, supaya kamu janganlah sembah, kecuali Dia dan berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika seseorang diantara keduanya telah tua atau kedua-duanya, janganlah engkau katakan 'urgh' kepada keduanya dan jangan pula engkau herdik keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia.
24. Rendahkanlah sayap kehinaan kepada keduanya, kerana kasih sayang dan katakanlah : Ya Tuhanku ! Kasihanilah keduanya, sebagaimana keduanya telah mengasuhku ketika aku masih kecil.
25. Tuhanmu telah mengetahui apa-apa yang dalam hatimu. Jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Pengampun terhadap orang-orang yang taubat.
26. Berikanlah kepada karib kerabat haknya masing-masing dan kepada orang miskin dan oraang musafir dan janganlah engkau membazir dengan semembazir-bazirnya.
27. Sesungguhnya orang-orang membazir itu, adalah saudara syaitan dan syaitan itu amat ingkar akan Tuhannya.
28. Jika engkau berpaling dari mereka itu, kerana mencari rezeki Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka perkataan yang lemah lembut.
29. Jangan engkau jadikan tangan engkau terbelenggu ke kuduk engkau dan jangan pula engkau lepaskan selepas-lepasnya, nanti engkau duduk tercela dan menyesal.
30. Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki buat orang yang dikehendakiNya dan Dia pula membataskannya. Sesungguhnya Dia Mahamengetahui dan Mahamelihat hambaNya.
surat Bani Israil/ Israak
Thursday, December 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment